Abang.

10:23:00 am

Abang kata

Selagi nyawa dikandung badan
Selagi itu,
Tak kan berhenti mencari rezeki
Untuk menyuap nasi 
Ke mulut mulut yang dikasihinya

Ayah kata
Sayangi abang itu
Hormati abang itu
Kerna hanya abang itu
Tiada abang di dalam hidup orang lain
Yang sama macam abang itu

Ibu kata
Ingat jasa abang itu
Ingat keringat abang itu
Kerna hanya abang itu
Yang mengasihi adik adiknya
Tiada seperti orang lain

TIADA.

Abang-
Biar sakit
Hanya dia sendiri yang tahu
Biar ketika dikhianati
Dia memaafkan tanpa dipaksa
Biar susah
Tidak pernah berkira

Segala pengorbanan
Kekuatannya untuk mengubah nasib keluarga
Ketabahannya menempuh lontaran fitnah, lontaran dengki
Dia tidak pernah berputus asa.

Kerna dia abangku
Dia istimewa. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe