Kucing sakit.
11:17:00 pmAssalamualaikum...
malam malam macam ni banyak susah hati wooooo.. my baby cat Boxer sakit. duduk diam and taknak makan taknak minum.
Tadi petang, aku bagi abang aku pegang kucing tu..sebab die cakap nak main main. lepastu aku duduk la mengadap komputer dengan khusyuknyaa. tak lame lepastu abang aku yang sorang jerit dari dapur. apesalll tah maghrib maghrib nak jerit panggil aku nih.
Bile aku keluar, mama tengah pegang boxer. rupenye boxer dah terlepas keluar and baru je kena attack oleh kucing kucing liar. Terkencing kencing boxer...and mengerang ngerang die kesakitan. aduii...shiannnn sangat.
Mase kitorang beli boxer ni kat pet shop, die memang seekor je kucing paling kecik kat situ. yang lain dah dewasa. and memang die dah biase la hidup bebas kat dalam petshop tu sama sama bergaul dengan kucing dewasa lain. so, bile kitorang beli die, letak kat rumah, die bosan. die tak ade kawan.
Kakak aku memang plan nak amik kucing lagi seekor, tapi tunggu lahh beberape hari lagi. sebab kesian tinguk boxer sorang sorang. Everytime die dengar bunyi kucing lain kat luar, mata die terus bulat. kalau die tinguk kucing lalu, die terus bangun and nak ekori. tu yang mama aku geram tu. HAIHHHH.. nakal sangat!!
Before this, dah beberape kali dah die nak ikut kucing lain, tapi kitorang sempat tangkap. memang nak jaga die macam jaga dak kecik. tak boleh terlepas pandang. EEE....boxer ni pun satu, umur baru 2 bulan. kucing liar tu tiap tiap hari begaduh..dah la besar besar sume. ade hati nak kawan ngan diorang.
Sekarang boxer duk mengeram je kat bilik. bile di pegang, marah. i guess, lebam kut kat bahagian ribs die. aku dah la tak familiar ngan klinik haiwan kat sini. kalau kat shah alam dulu, jalan 5 minit dah sampai klinik haiwan. yang kat beaufort ni, cousin aku cakap ade govern je. Esok dah la cuti...sampai selasa. kalau boxer tak sihat sihat sampai rabu nanti camne??
So aku try la search kat google, senarai vet kat area KK..agak jauh jugak laa..tapi kalau still tak sihat jugak esok, kena lahhhhh... ARGHHH.. stressss T-T
0 comments