Complicated pemikiran manusia ni.

12:21:00 pm

Bila orang kaya beli barang dan post kat instagram,

Orang kata "Show off".
Bila orang miskin beli barang dan post kat instagram,
Orang kata "Comel".

Complicated pemikiran manusia ni.
Sangat.

Atau,

Adakah sebenarnya itu lahir daripada perasaan dengki,?
Yang sebenarnye sudah lama bermastautin di lubuk hati,?


Hati hati,
Dengki adalah penyakit yang sangat merbahaya.
Ia membuat kita ketagih,
Lagi ketagih daripada dadah.

Bila orang kaya naik kereta besar,
Orang cakap, berlagak
Tapi cuba hulur sikit kereta besar bagi kat dia
Terkinja kinja bawa pusing keliling kampung pakai cermin mata hitam siap turunkan tingkap nak tayang muka.

Bila orang kaya beli rumah besar,
Orang cakap, tu beli duit judi la tu
Duit rasuah.
Tapi bila orang miskin beli rumah besar,
Orang cakap, tu beli dengan duit usaha dia

Complicated pemikiran manusia ni.
Sangat.

Aku pegang iphone 5,
Kakak amik gambar,
Post kat instagram.
Orang hentam,
Kata aku tayang iphone 5.

Tapi orang lain post lepas beli iphone 5 siap dengan kotak lagi,
Orang sanjung.

Otak letak kat mana?

Dah bertahun tahun kami tak post gambar barang shopping,
takut orang fitnah kata menayang.
Bila post gambar nampak sikit beg shopping,
Riuh sekampung,
"nak tunjuk shopping banyak la tu"

Orang lain siap post SATU PERSATU gambar barang shopping,
Lagi lagi time nak raya ni,
Shopping sana, shopping sini,
Beli beg Carlo Rino, snap gambar siap kotak,
post kat instagram, orang kata "nice one!"

Aku amik gambar, 
Tengah pegang beg LV kakak
Kebetulan tengah tolong pegang
Amik gambar dengan mama
Gambar cantik, letak kat facebook.
Orang cakap
"nak menunjuk beg LV la tu"
Padahal beg kakak tu, 
Aku pakai beg biasa je.

Eh, tak kisah la
LV ke, Carlo Rino ke, Vincci ke,
Kenapa orang yang pakai beg time amik gambar, 
Orang tak kata apa?
Oleh kerana pakai beg LV, amik gambar kena sorok la?
Kalau pakai Vincci, tak payah sorok? 

Betapa berat sebelahnye pemikiran kita. 

Sebab kita tak redha dengan rezeki masing masing
Dalam lubuk hati kita dengki pada orang yang lebih dari kita

Usaha tangga kejayaan.

Sometimes orang beli kereta besar,
Dengan usaha sendiri.
Sometimes orang beli rumah besar,
Dengan usaha sendiri.
Sometimes orang beli iphone 5,
Dengan usaha sendiri.

Dan jangan lupa, 
Rezeki di tangan tuhan.

Berhenti memandang dengki dengan rezeki orang,
Berhenti bersangka buruk dengan niat orang.




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe