Cerita Raya Saya.

12:53:00 pm

Assalammualaikum.

Ok..cerita raya aku,
Aku membesar kat kampung, duduk kat kampung. Kat mana lagi paling best nak sambut raya kalau bukan kat kampung??!

Aku takde kampung lain. Tak macam orang lain yang kalau nak raya je, kena balik kampung. Seronok kan? Tapi nak buat macam mana, arwah nenek dan datuk aku memang asal kampung ni jugak. Nama je aku ni bangsa Brunei, tapi pergi Brunei pun aku tak pernah!!

Mama cakap ade je saudara mara kat Brunei. Tapi tah aku tak pernah tahu, tak pernah jumpa pun.

Anyways!

Since umur 6 tahun lagi ayah aku dah ajar aku berpuasa. Rata rata adik beradik aku memang semua start puasa awal kot? Umur 7 tahun aku dah puasa penuh. Tapi ofcourse ler, time tu ada dorongan! HEHE. Ayah cakap satu hari puasa, dapat 50 sen!

50 sen!! semangat tahu?? 50 sen tu dulu besar maknanya. lagi lagi kami keluarga susah.

Ape lagi, puasa full! dapatlah RM 15. tu pun, masuk bank terus. takde maknenye nak pergi shoping ngan duit tu. Seawal 7 tahun kitorang dah ade bank sendiri. Seronok..tabung pun buat sendiri, dari tin minuman. Ye laaa..tin coca cola tu, tebuk sikit buat masuk duit!

Puasa ke 20, orang dah start pasang pelita. or orang sini panggil "cucul". Dulu tak main laaaa nak beli pelita plastik jual kat kedai tu, ape kelas! Kitorang hand made sendiri tahu! buat guna buluh. Baru feel lagi best!

Kat kampung kitorang selalu ade pertandingan cucul ni. sape yang boleh decorate cantik cantik. Kitorang pun mestilah join gak, buat bentuk masjid la yang paling femes. HAHA. Abang abang aku tak berapa nak kreatif sangat compared to orang lain.

How i wish leh share gambar cucul kitorang dulu.

Bila raya dah dekat, nak gak kasut baru, baju baru, hehe..mama akan bawa kitorang pegi pekan untuk cari kasut baru. beli pun kat pasar jekk..dah cukup happy dah tu.

Bab kuih raya, semua buat sendiri. Takde nye nak beli beli. Aku rasa kuih raya kitorang dulu semua raya sama, bentuk je lain. HAHAH. dah bahan bahan die sama kot??

Kuih favorite? Hurm, ape kuih yg aku favorite time raya eh...ohhh KUIH SAMPAN!!! Tak  boleh miss buat yang nie. sedap gile!!

Malam pengumuman raya, abang abang aku semua akan balik, and berkumpul kat rumah. Seronok bile dah riuh rendah kat rumah. Dah la anak buah ramai. And bile abang balik, mesti bawa bunga api.

Bunga api!!! apa lah raya tanpa bunga api? Dah besar macam ni pun, still main bunga api okeh!!

Pagi hari raya, kitorang ade alarm yang paling annoying dalam dunia. Suara abang aku! Yaa!!! annoying gile sebab kuat nak mampos! HAHA. Die akan bukak setiap bilik pastu jerit sesuka hati. Hewhh... boleh tekanan perasaan sepanjang hari dengar suara die.

Pagi pagi mesti berebut nak mandi. Aku tak faham ayah aku ni, rumah dua tingkat, tapi bilik mandinye satu je. NAsib baik sekarang dah ade dua. ayah baru tambah kat bahagian dapur. Tu pun still nak berebut sebab kalau dah berkumpul tu, ramai!!

Lepastu, beramai ramai gerak ke masjid, and sembahyang raya..

Balik dari masjid, sesi bergambar. Sesi paling kecoh sebenarnye. Sesi nak tayang kamera siapa lagi canggih. HAHAHA..

Selesai bergambar, sesi bersalam salaman. Ok part nangis nangis. Tadi dah ketawa banyak kan!!

Dah siap tu, beramai ramai pulak pergi tanah perkuburan. tak jauh pun dari rumah. Tapi semua nak naik kete. Huhu. Kat sini berjumpa lah dengan semua sanak saudara. Dari belah mama, pastu dari belah ayah. Mula mula akan baca Yassin kat kubur arwah nenek datuk sebelah ayah. Lepastu sebelah mama plak.

Kat tanah perkuburan ni kecoh gile. Bile orang orang tua menabur duit kat tanah, budak budak semua berbut rebut nak pungut. Kadang kadang dengan orang dewasa semua pun ikut berebut. sambil jerit jerit. HAHA. mana tak kecoh!

Lepastu balik lah rumahh, tunggu tetamu. takyah tunggu lama. kadang kadang tetamu dah ade kat rumah time kitorang baru balik dari tanah perkuburan. HEHE. Sepupu sepapat dari sebelah ayah biasanya akan datang awal pagi hari raya pertama. Yang ni takyah cakap kecohnye.

Boleh bayangkan, anak buah dari sebelah sana je dah 40++ orang. Cousin plak ade 10 orang. KENDURI wehh! hahah..Lagi kecoh bile part salam salam nak minta duit raya. tak pernah miss.

Bile cousin dari sebelah ayah dah balik, cousin sebelah mama plak. okeh kenduri lagi!! HAHA..

Sebelah malam, pesta mercun!! Meriah kampung kitorang ni, sape yang tak suka bunyi mercun, tolong lah pindah kampung sebelah ye.

Biasanya hari raya pertama kitorang memang tak kan dapat ke mana mana. Sebab ramai sangat orang datang rumah. And yes, seronok sangat. Tu yang seronok bile keluarga besar, and saling berbaik. tak bermusuhan antara satu sama lain. Kalau bermusuhan, siapa yang nak datang meriahkan rumah kite, ye tak?

Time hari raya ni lah kite nak reconcile. Bukannya time raya ni lah nak time jumpe nak berdebat pasal isu politik lah, fahaman itu lah fahaman ini lah. Akhirnya, takde sape suka datang beraya kat rumah kite.

Kan lebih baik mengeratkan silaturrahim, bukan selalu nak berkumpul ramai ramai, nak jumpa saudara mara macam ni. Put away dulu politik semua, segala pertelingkahan, kan kan?

Okeh dah melarattt ceritanyaa...

Banyak lagi kenangan time raya. Tapi penat lah nak cerita pasal 30 hari kan. Kitorang even raya ke -18 ke, raya ke -25 ke, bile beraya, tetap pakai baju kurung. even pergi open house, memang kena pakai baju kurung. Thats why bile shopping raya, tak pandang t-shirt, blouse jeans sume. i dont know why, maybe feeling raya tu lagi best kalau pakai baju kurung kot? hehe..

Okehh..sekian cerita raya saya.. cerita anda bagaimana?

:D














You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe