Waktu senang jangan lupa daratan.
12:31:00 pm
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Tajuk Nasyid : Kehidupan
Artis : Inteam
Duet : Nazrey Johani ( Raihan )
Malam tadi aku mimpi, aku berada kat surau. Ramai jemaah..jemaah lelaki dan perempuan. Jemaah-jemaah semua lagi muda dari aku..Ada yang aku kenal, tapi bukan orang2 yang pernah rapat ngan aku. Dalam surau tu, semua org dah start sembahyang. Aku je masih kat belakang. Bile orang2 smua dah di rakaat terakhir, baru aku gelabah nak start sembahyang. tu pun aku sembahyang niat tak betul, bacaan tak habis, ruku' tak betul..sujud tak betul...duduk tahiyat tak betul..dan bile ade tiba2 someone berborak pasal duniawi kat aku, immediately aku lupe yg aku tengah sembahyang and terus layankan orang tu. Astaghfirullahalazim.,,,mungkin tuhan nak ingatkan aku, aku dah lame sangat tak sujud pada Dia. Sejak datang di bumi semenanjung ni aku makin lupa. Dari hari ke hari, semakin kurang..dari 5 waktu jadi 4 waktu..kurang jadi 3 waktu...hinggalah langsung tak ade. Astaghfirullahalazim....mungkin sebab beberapa hari ni, hati yang tak tenteram, hati yang gundah, tuhan nak aku balik kat Dia.. Aku dah terlalu lama lupa di sebabkan kesenangan yang ada..kesenangan yang sementara...Astaghfirullah,....
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Tajuk : Sesungguhnya
Artis : Raihan
0 comments