Binatang pun ada masalah.

12:59:00 am

Assalamualaikum..!

Penat gilossss hari ni bile kena prank oleh orang kat bank RHB. aku perlukan garan kereta untuk proses shipping ke sabah. so, kena pergi ambik kat bank lah, RHB. mase call beberape hari lepas, die dah cakap dah yang garan tu berada kat RHB bukit bintang. So dengan confidentnya aku pun pergi la ke RHB bukit bintang. sampai je kat sana, akak tu cakap kena amik kat RHB bank yang satu lagi, so aku minta la direction nak pergi tempat tu.

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang, aku kena setel cepat ni. kul 5 jalan kat KL dah jem. sampai dah kat RHB Jalan Tun Razak, tanye kat akak sekuriti, sekali lagi die cakap garan kereta tak boleh ambik kat situ, kena pegi RHB Yayasan Tun Razak. mak aihhhh....aku penat ni kak. jangan memain. Aku call abang yang selalu laju je call nak minta utang kat aku bulan bulan tu,  lepastu die bagi direction pulak. dahhhh kena gerak lagi pegi RHB yang satu lagi. terpusing pusing kat KL. nasib baik dapat.

Taraaaaa....

tapi ni pun tak settle lagi..sok kena datang sana balik.. -.-"

Oh yaaa..before pergi RHB tadi, aku pergi SPCA dulu. Haaaa ni aku nak cerita sikit pasal SPCA. BAgi korang yang tak tahu, SPCA terletak kat Ampang Jaya, merupakan persatuan menolong haiwan. kebanyakannya kucing, anjing terbiar, arnab, and lain lain. for more details tentang SPCA ni korang boleh click click kat website die SPCA.org.

Orait, selain daripada memungut anjing anjing , kucing kucing, or haiwan terbiar, SPCA jugak menerima haiwan yang orang dah taknak. maksudnye kalau korang ade bela kucing, tapi dah tak dapat nak jaga, boleh hantar kucing korang ke SPCA ni daripada buang dalam kotak tepi jalan. At the same time, binatang binatang yang ade kat sini jugak di bukak untu adoption. SO, for those yang nak bela kucing, boleh datang kat sini..




So, ape yang aku buat kat SPCA ni tadi? aku hantar anak anak kucing bibi yang baru sebulan tu. keadaan sakit bibi sekarang makin teruk. doctor cakap bibi kena virus and chance untuk survive 50-50. sedih sangat.. :( proses penghantaran bibi ke Sabah nanti memerlukan bibi untuk di implant and di vaccin. tapi untuk itu, bibi kena sehat dulu, baru boleh buat. Time bibi sakit ni, bibi dah tak jaga anak die, even doctor tak bagi pun bibi dekat ngan anak die dikhuatiri virus tu berjangkit.

IN CASE of aku tak dapat bawa bibi balik Sabah, which is sangat sedih la, at the same time aku tak dapat bawa anak anak die balik sabah jugak, sebab macam mane baby baby ni nak survive tanpa mama die, bile sampai kat sabah kucing ni akan dikuarantin sebulan. so how lah?. OKAY, i am not sure sebenarnye samada baby baby kecil ni boleh di transfer ke sabah. sebab, aku tak sure samada baby ni boleh diimplan atau tak. tak silap aku, doctor tak kan nak punye, sebab anak anak die ni kecik lagi. tapi aku sangat tak pasti.

dengan kesibukan aku sekarang pun, aku tak banyak mase nak menguruskan baby baby ni kat rumah. nak suap susu, nak paksa makan, so ape yang termampu aku buat, hantar ke SPCA ni, semoga ada orang yang baik hati nanti datang untuk adopt die... :(

muke baby nanges time aku nak tinggalkan die...sedihnye, hancur hati tinguk :(

this is not the first time aku datang SPCA. last two years aku pernah datang jugak. i must say bile kite tinguk website die, macam best je tempat ni kan...macam a very good shelter for the animals. but bile sampai, kesian je tinguk dengan kemudahan yang tak seberapa. they surely have a good heart to help these poor animals.

my partner today, Noorhana Atiqah.


everytime kite nak adopt, or kite nak tinggalkan binatang kat sini, kita akan berurusan dengan seorang wanita berbangsa india, die duduk dalam office. boleh nampak straight daripada pagar masuk. office die sentisa terbuka. ape yang mengecewakan ialah service daripada wanita ini. aku just focus kat dia ni sebab kat sana kita hanya akan berurusan dengan dia. Sepanjang beberapa kali aku datang sini, tak pernah dapat layanan mesra dari die. tak pernah sedikit pun senyum. i dont even know her name! tak pernah sedikit pun die cuba untuk berkomunikasi dengan orang orang yang datang.

I know die busy, but senyum sedikit boleh kut? macam time datang tadi. dengan garang die bertanye "kenapa nak tinggalkan kucing?" ..lepastu aku bagitau la reason die. then die just bagi form and pen, "RM50 seekor". so total aku bayar untuk tinggalkan kucing tadi RM150. pening peningg... okay takpe, anggap itu for charity. which is good. seingat aku dulu, time adopt kucing pun kena bayar RM50 jugak.  tapi yang baiknye, RM50 tu dah termasuk medicine die, SPCA ni ade doctor sendiri, so kalau nak vaksin ke ubat cacing ke, better bawa kat sini je, murah. 

seriously, service memang teruk. lepas isi form, die kasi resit, tanpa sepatah kata die sambung ape die buat. aku ngan Hana dah termangu mangu, ni dah setel ke belom?  aku tak sure lah die memang macam ni sebab tinguk aku kecik, or sebab aku melayu, or sebab die memang macam tu kat semua orang?

lagi satu, anjing yang berkeliaran. okay i know, diorang tak ade masalah nak pegang anjing. even sebenarnye kalau anjing tu kering, kita orang islam pun tak ade masalah. tapi itu sensitiviti orang melayu. most of malay memang tak suka dekat pun dengan anjing, apa tah lagi bersentuhan dengan anjing. dekat office SPCA ni, ade dua ekor anjing BESAR gilossss.. memang seramm tinguk. time kitorang datang tadi, die berdiri kat pintu and menyalak nyalak. Adoii...aku memang tak berani sangat bab anjing.

So they should understand, why kitorang berdiri lama tadi kat luar pintu, why we keep our eyes on the dogs. i think mereka memang understand. mereka tahu. the woman yang tak pernah senyum tu, dia tahu orang melayu tak suka berdekatan dengan anjing. tapi die buat bodoooooo je tinguk kitorang berdiri kati pintu sambil anjing tu menyalak nyalak. so inconsiderate!! only after few minutes anjing tu beredar masuk dalam office, baru kitorang berani masuk.

in my mind, those people yang kerja dekat SPCA ni, adalah orang orang yang nak terlibat dalam satu organisasi untuk menyelamatkan haiwan, and of course sebab mereka sayang haiwan haiwan tersebut. tapi dengan layanan macam ni, nampak macam korang kerja tak ikhlas. Oops, ? 

Okay lahh...i love SPCA because of what they do..the help animals. binatang pun ada masalah okay? eh?? HAHA...korang dah layan belum parody oleh matluthfi? HAHAAHAHAH..kelakar gileee... layan jap..



kalau video ni tak leh tinguk, boleh click kat sini : Parodi Forum Suara Mahasiswa
.
.
.
.
selepas selesai dengan kucing, and RHB bank tadi, jam dah pukul 4.30. so memang malas nak meredah jem balik ke shah alam. untuk mengisi masa lapang, aku and Hana membawa diri ke Pavilion. yeayyy...sekadar cuci cuci mata dengan barang barang yang cantik. tak de maknanye lah nak shopping. HUHU.

selit siket gambar untuk hari ini :D

.
.
.
.
.
jam tangan ni...jam tangan special tauuuu....kalau tak pakai nanti ade orang marahhh...so kasi upload siket biar die tinguk aku pakai hari ni...HEHE...

dah laa..penat! nak tido. Goodnite semua. Assalamualaikum.. ::)







You Might Also Like

1 comments

  1. Dear.. mmg bagus hantar ke SPCA. tp kena ingat.. animal compound ni.. facility kecik. bila lepas sesuatu tempoh, binatang2 yg dah terlalu banyak tu, if xde org adopt, diorang akan put to sleep. maknanya bunuh dlm keadaan x kejam la. but still bunuh jugak la... sedih kan. so kalau bela animals, jgn simply hantar spca :(( ntah2 da xde da pown kucing yg dihantar tu :(

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe