Wall Climbing Putrajaya

12:59:00 am

Hai!! Okay this time kita try wall climbing pulak. Wall climbing ni terletak di Taman Cabaran or Challenge Park, Putrajaya. Nak sampai sini, jangan terkejut kalau kena lalu kawasan perkuburan. Korang bukan sesat, tapi memang itu lah yang akan korang lalu before sampai sini. And jangan confuse, ada satu lagi tempat tu macam park for orang yang skate, maybe? kat area tu jugak. tapi anyway, just ikut waze nanti jumpa. lols.

Ni first time aku, Syaza and Wani buat wall climbing. seriously dari bile tah, Jun lepas agaknya kitorang dah usya bende ni. siap pegi. unfortunately time tu extreme park kat Putrajaya ni tutup. Kenapa wall climbing? i think wall climbing is one of the best activity to do in our free time. oh ya, why nak kat putrajaya juga?tempat lain kan ada wall climbing juga? i mean jauh kan daripada rumah? Sebab...after kitorang survey survey harga, kat putrajaya ni je yang paling murah.

Tadi kitorang pergi 8 orang, Fadhil yang buat, die dah pergi wall climbing ni last week, die kata best. aku ape lagi...terbakar laaa.sebab dari dulu nak buat tak dapat. Haisshhh..tak boleh jadi. so, suruh die buat plan, aku nak join. pastu usya kat syaza and wani, nak pulak diorang nih. so jadi lah kitorang bertiga, and fadhil. Lepastu, kawan kawan and gefren fadhil plak nak join. Maka tercipta lah group 8 orang kitorang ni.

Actually it's kinda hard for me to find member yang buat ape yang kite pun suke buat. bile kite cakap "hey lets go climbing this weekend". then die akan cakap "best best..jommm!" tapi bile sampai weekend, roger pun tak. huhu. that's why bile jumpe orang macam fadhil ni yang always on je, tak kisah lah terpakse join kawan kawan die yang aku tak kenal, redahh je. haha. sebab susah sangat nak dapat peluang macam ni.

why nak cite panjang lebar pasal ni? tak penting pun.!

Okay....aku syaza and wani datang tepat kul 4. geng fadhil memang janji melayu sangat...kul 6 baru nampak batang hidung. So sementara tunggu diorang sampai tu, kitorang warming up dulu kat tempat yang kitorang ingatkan tempat "basic". ( ni la akibatnya kalau tak bertanya sesat jalan).

tudiaaaaaa muke excited nak climb. hahah. abang kat kaunter tu cakap kalau nak basic pegi kat wall yang ade tilam. wall yang tilam ade dua, tapi tah kenapa yang ni gak kitorang pegi..


wani.

 syaza.

hahahah.terkial kial nak panjat.

Sebenarnye ni bukan tempat "basic" laaaa...ni tempat orang orang yang dah pro!! hahah..thats why wall die ade slope masuk dalam macam tu. So dengan malu malu kitorang berpindah ke wall yang sebelah. share ngan budak budak yang ade kat situ. budak budak selamba je panjat, kitorang terkial kial lagi. okay kids, chill.

ohyaaa ni kasut climbing. sewa termasuk entry total RM10 per person. so kalau korang tak ade kasut nak datang sini, no need to worry pakai selipar pun boleh. tak payah sebok nak beli kasut, even ade kawan kat sebelah yang tahu tak perlu beli tapi die diam je tak bagitau (rolling eyes kat shaza)

dah macam cicak dah memasing!

baru buat yang basic dah penattt!

Fewwhhh...selesai m=dengan cabaran yang basic. So, to the real deal we shall gooooo!!

for beginner macam kitorang.

JENG JENG JENGGGGGGG!!!!! yang ni pro punye lahhh...

Nampak tak tinggi kan? try naik tengok...member member lelaki pun berhempas pulas tauuuu..

No worries for orang macam kitorang yang beginners..ade wall yang agak easy. kaler putih. wall kaler pink untuk yang up siket level. and kaler biru lagi up. and tak ingat plak kaler lain..'



wani je yang antara aku n syaza berani try level yang up sikit nih. wall kaler pink. wowoow..sampai atas plak tuh..salute kat wani. Aku ngan syaza time ni tangan dah out dah. tak boleh nak buat apa lahhh..


Okayss...selepas 3 round climbing., (tu je mampu,...dah tak boleh go dah after that T-T....) , sesi gambar gambar kejap. walaupun tak seberapa, tapi kita dah buat, tu yang pentinggg!! and kitorang tak give up and berhenti kat tengah jalan!

*Actual situation:

Me : (tengah climb nih, dah sampai kat tengah). Wehhhh tanak...nak turun...penatttt...!!! (menjerit jerit kauu..gayat sebab tinggi)
Instructor : nape nak turun...tak boleh turun..habiskannn...
Me : tanaaaakkk..nak jatuhh!
Instructor: mane boleh jatuh, kan ade tali ni..
Me : (Pasrahh and climb sampai habis. lols..)

Tapi sebab kena pakse tu jugak la kitorang berjaya habiskan!

For first climb, aku dapat wall yang agak susah. mau nak menanges aku kat atas tu. sebab time tu wall untuk beginer tengah full. sedangkan budak budak lelaki yang buat pun berhempas pulassss...inikan pula aku yang baru je hari ni transform mood jadi cicak. hurm.

-

Alhamdulillah tercapai hasrat nak buat bende ni. yela tau la aku bukan orang pertama dalam dunia yang buat wall climbing, tapi tak pe kan kalau aku nak excited.

i realized that, this kind of activity, buat aku rase puas, happy..adrenalin kite lain macam tau. compared to time kite buat extreme macam naik roller coaster, and ape ape lah games kat genting highland or sunway lagoon or anywhere kat theme park..lain macam. i realized yang aku more into this kind of activity, instead of roller coaster tu semua. activities macam ni buat aku addicted and nak lagi and lagi. same macam aku first time buat diving, buat snorkel, first time buat tu percayalah hampir menangisss!! tapi im proud of myself, yepp,, hadap je ketakutan takutkan air tu..(well, actually bukan takut air lah, takut lemas!) then takut pada ketinggian. and now i want it more and moreee...! tapi kalau activity macam kat theme park tu, sekali cuba, dah, tak nak lagi. okay nampak tak logik kat situ? joke.

Sebenarnye idea ni datang time aku lepak ngan seorang member aku nie, die cakap "ko ni stress sangat nih. ko kena buat something yang betul betul leh lepaskan semua. buat bungee jumping ke"

bungee jumping? like seriously? okay i admit, kalau aku dah buat bungee jumping nanti (insyaAllah,) for sure aku akan berlagak ngan korang. bahahahahahahaha...sebab ramai orang suke buat bende outdoor, extreme, tapi tak ramai yang berani buat bungee. Aku pun same okay. takut sangat membayangkan diri terjun dari tempat tinggi.

so, here is the deal, for the time being, aku and member aku ni plan, untuk membiasakan diri dengan ketinggian. thats the strategy. tapi, ntah lahh...nak buat tu, kalau dah betul betul sedia, itu kira my aim lah for now.. nak buat bungee jumping.

For now need to rest. Actually ade banyak lagi picture, tapi kena tunggu diorang upload. sebab semua kat kamera. and tomorrow tak boleh buat keje berat sangat. tangan ni memang dah sakit sangat. drive balik tadi pun seksa. can't wait for Skytrex plak on sunday! Guys, get ready okayhhh!

Okay senarai harga untuk wall climbing dekat Putrajaya tadi ;

Kasut RM 10
Entrance RM 8
Belayer RM 25
Harness RM 5
Chalk bag RM 3
Climbing ROpe RM 15

*harga mungkin akan berubah dari masa ke semasa.
:










You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe