Kenapa Bergosip Itu Tidak Perlu.

9:56:00 am



Bergosip sudah menjadi satu hobby bagi mostly semua orang. MOSTLY. Bukan semua. Maaf ye, tapi gosip ini kebanyakannya terjadi dikalangan perempuan. Dan ironinya, bahan gosip itu adalah dikalangan rakan rakan sendiri? - tapi tidak dinafikan ada juga segelintir lelaki yang mulut macam mak joyah yang suka berkata buruk pasal orang lain. 

Whenever people around you starts to talk shit about another friend - not in that group. Please, slowly pick up your phone, press dial whoever in your recent list, and pretend talking to whoever in that phone, then walk away. Don't ever sit in that group even niat anda just nak dengar. By saying "aku tak cakap apa, aku just duduk diam." Doesn't mean you are in a better side. 

Ingat yang ni, jika mereka mampu pergi ke tempat anda, duduk beramai ramai dan berkata buruk pasal someone yang tiada in presence, tidak mustahil one day mereka juga akan pergi ke tempat orang lain dan duduk beramai ramai mengatakan buruk pasal anda. 

Mendengar gosip buruk mengenai orang lain agak seronok, sebab ianya boleh membuatkan diri anda berasa lebih bagus daripada orang yang sedang diperkatakan. Apatah lagi bila kita turut sama melontarkan cerita cerita buruk mengenai orang itu. Terasa kita di pihak yang benar, terasa lapang di dalam dada dapat meluahkan segala tidak puas hati yang sudah lama terbuku. "Bukan aku seorang je rupanya yang fikir dia ni teruk, rupanya semua orang sama." Padahal, siapa kita untuk mengatakan kita lebih bagus daripada dia, atau dia?

Whenever anda rasa tergoda untuk join the gosip session, hold yourself back. 

1. Bergosip tidak membawa keuntungan.
Apa untungnya bila join gosip? Adakah anda rasa bila bergosip anda akan dapat geng? Sebab ramai yang sependapat dengan anda? Percayalah, jika anda merasakan geng yang anda dapat daripada group gosip itu adalah orang orang yang akan back up anda satu hari kelak, anda silap. 

2. Bergosip tidak menunjukkan kita bagus.
No. Tidak sama sekali. Malah sebenarnya menyerlahkan lagi sifat negatif di dalam diri kita. Ianya juga menunjukkan tahap kematangan kita dalam menangani sesuatu di dalam hidup kita. And remember, orang yang bagus tidak akan merendah rendahkan orang lain, tidak akan berkata buruk pasal orang lain. 

3. Tidak akan memulihkan keadaan.
Jika seseorang telah membuat anda terluka, tidak puas hati dan sebagainya, bergosip yang buruk mengenai orang itu dibelakangnya tidak sama sekali akan dapat menyelesaikan atau memulihkan keadaan. Malah, boleh menambahkan keadaan bertambah teruk. Siapa tahu apa yang diperkatakan orang lain di dalam gosip itu adalah sahih atau tidak? Kita yang mendengar, terus sahaja percaya tanpa usul periksa. 

4. Menyebabkan hilang kawan.
Gosip terjadi kadang kadang disebabkan salah faham. Yang mana salah faham itu jika berlaku di antara dua rakan, boleh dileraikan dengan perbincangan yang tenang. Namun jika anda memilih untuk terus sahaja menjaja cerita buruk mengenai rakan anda kepada orang lain, tanpa berfikir panjang, hubungan yang boleh dipulihkan itu mungkin akan hilang buat selamanya. 

Sebaik baiknya, adalah lebih elok jika perkara itu di bawa berbincang face to face, or if you don't have anything nice to say, better don't say anything at all. 


Photo credit: HBO/google
a post by Aetty.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe