Beware of Scammer. (Social network Part I)

5:25:00 pm



Scam boleh terjadi melalui internet, panggilan telefon, telegram, mahupun secara bersemuka. Secara bersemuka contohnya kita pergi kat mana mana pasaraya, dan terdapat kiosk kecil yang menawarkan hadiah lumayan. Hanya perlu isi borang dan anda di minta bayar sejumlah duit yang sedikit bagi membolehkan anda redeem kepada hadiah yang berganda ganda harganya. Jangan terlalu mudah percaya. Jangan terlalu mudah excited. Ini juga adalah salah satu scam. 

Melalui telefon, seseorang dengan talian tetap menghubungi telefon anda dan mengatakan anda perlu membuat pengesahan tentang kad debit atau kad kredit anda. Buat seketika anda akan berasa yakin apabila si pemanggil tahu nama penuh anda dan beberapa lagi detail terperinci. Tahukah anda, sebenarnya detail peribadi kita sememangnya ada pada mereka. Mereka hanya perlu mendapatkan pengesahan "ya" daripada kita untuk meneruskan penipuan mereka. Oleh itu, jangan pernah percaya. (Kisah ini saya akan ceritakan pada post akan datang).

Manakala scam internet, laman social. Sebenarnya sudah ramai yang terkena. Sesorang daripada UK. Menghubungi anda melalui inbox facebook, mengatakan bahawa dia anak kepada jutawan yang mempunyai harta yang banyak. Keviasaanya, dia akan memberitahu anda bahawa dia sebenarnya berasal dari Malaysia tetapi sudah lama menetap di UK. Dia sudah berasa bosan duduk di UK dan ingin kembali ke Malaysia, oleh itu dia memerlukan "kawan" untuk memenuhi cita citanya itu.

Dia akan kerap berbual dengan anda, tapi hanya dalam beberpa hari, dia akan mengatakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan anda dan ingin hidup bersama kaya raya dengan anda. Di janjikan dengan hidup kaya begitu, pasti sesiapa sahaja akan tertarik.

Selepas itu, dia akan memberitahu anda bahawa sebagai proses perpindahan dari UK ke Malaysia, dia akan mengirimkan sejumlah wang yang sangat banyak, namun disebabkan jumlah itu terlalu banyak, duit itu akan kononnya disekat di kedutaan British dan UK di Jalan Ampang. Oleh itu dia memerlukan seorang warga tempatan untuk menebus "package" itu di pejabat kedutaan. Di sini dia akan memperkenalkan seorang lelaki mat salleh yang kononnya adalah pekerja di embassy tersebut.

Bermula lah sesi penipuan duit anda. Pada masa ini akan terdapat banyak masalah, "package" yang bernilai berjuta juta itu perlu melalui beberapa proses, yang mana memerlukan bayaran untuk dilaksanakan. Oleh kerana anda sahaja lah rakan yang ada, dia akan meminta anda menggunakan duit anda terlebih dahulu, dan apabila selesai, sebahagian daripada "package" itu akan dihadiahkan kepada anda. 

Pada mulanya hanya RM 100 diperlukan, selepas itu ada proses lain, kena bank in lagi RM 4000. Tak settle lagi, kena bank i. Pulak RM 45000. Tak settle juga, kena bank in RM 300000. Selepas itu anda akan diperkenalkan dengan seorang lagi pelakon yang terlibat dalam scam ni. Seorang yang kononnya bekerja di imegresen, office terletak kat Sepang. 

Tak cukup lagi anda perlu pulak membayar wang proses untuk imegresen. Kononnya  sudah selesai urusan di kedutaan, kini package itu disekat pulak di imegresen. Pegawai imegresen ini diperlukan untuk membantu menyerahkan package tersebut. 

For awhile, anda akan berasa semua yang berlaku ini for real. Anda sudah tak sabar nak mendapat habuan yang berjuta juta. Hari yang ditunggu hampir tiba. 

To be continued..


Photo credit: Google.





You Might Also Like

1 comments

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe