Kanser Payudara.

6:26:00 pm

This is actually a tribute post to arwah Suer, kawan baik aku daripada Labuan Matriculation College hinggalah ke hari ini. 

Bijak rencana tuhan, ketika aku dapat tahu keadaan Suer yang terlantar di hospital, kebetulan masa tu aku balik Sabah disebabkan kawan kawan aku daripada semenanjung yang nak datang bercuti ke Sabah. Masa tu kawan kawan aku tak sampai Sabah lagi. Sengaja aku balik Sabah awal beberapa hari supaya aku ada lebih masa dengan keluargaku.

21st Feb 2017 dapat berita tu, daripada kawan sekelas kami di dalam group whatsapp, a screenshot from arwah's brother, mengatakan arwah sudah kritikal. Luluhnya terasa jantung masa tu hanya tuhan yang tahu. Mana taknya, selama ni aku berhubungan dengan arwah, tidak pernah sekali pun dia bagitahu yang dia menghidap kanser. 

Aku terus tak senang duduk. Dalam kepala aku, aku just nak jumpa dia and aku nak berada disisi time dia memerlukan. Sedihnya rasa dalam hati sebab terasa aku bukan la kawan yang baik, kawan sakit macam ni tapi aku tak tahu pun. Selama ni aku just fikir pasal hidup aku je. Menurut abang arwah, dia menghidapi Kanser Payudara stage 4. MashaAllah Suer....

Sampai di Hospital Queen Elizibeth II, aku dan Karen (juga kawan sekelas di matriks dulu) terus dibenarkan masuk. Tak ramai pun masa tu, cuma ada makcik dan suami kepada arwah. Hati aku berdebar debar ketika hendak masuk, antara sanggup dan tak untuk melihat keadaan arwah masa tu. 

Pada yang mengenali arwah, semua orang tahu akan sikap arwah yang sangat sangat ceria. Di mana mana pun dia pergi, semua orang akan ingat. Arwah adalah kesayangan semua orang, even lecturer ketika di Matrikulasi Labuan dulu pun pasti masih ingat pasal arwah. Di mana mana pun, dia akan buat orang ketawa dengan lawak selambanya. 

Masuk je di dalam wad, aku terus nampak arwah di atas katil, tersenyum memandang aku dan Karen. Aku masih ingat masa tu dia memakai bantuan pernafasan. Mulut arwah pun ternganga, sukar untuk bernafas. Bercakap pun kurang jelas. Remuknya hati melihat keadaan arwah masa tu. Selang beberapa minit suaminya akan menekan satu button di tepi katil, ubat katanya. 

Tapi, walau susah nak bernafas macam tu sekalipun, arwah masih lagi tersenyum, masih lagi buat lawak, and masih lagi bertegur sapa dengan semua orang. Tiada sedikit wajah kerisauan atau kesedihan pun di wajah arwah. Itulah Suer yang memang aku kenal, sentiasa positif, tak takut dengan dugaan yang datang. 

Sempat aku datang ke hospital beberapa kali. Keesokan harinya, aku diberitahu oleh adik perempuan arwah yang arwah Suer telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizibeth I di wad paliatif. Ketika aku melawatnya di sana, aku sempat berborak dengan kakak kepada arwah. Time tu kakak dia cerita apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa tiba tiba dah stage 4 baru semua orang tahu.

Sebearnya, arwah Suer dah diagnosed cancer since she was 19th years old. But after that, arwah just berubat secara kampung. Sehinggalah 10 tahun selepas tu, arwah berkahwin dan mengandungkan anak pertama. Ketika baby dalam kandungan berusia 5 bulan, arwah telah berjumpa doktor dan doktor bagitahu cancer sudah berada di stage 2. 

Tetapi disebabkan arwah mengandung, so arwah tidak dapat untuk menjalani rawatan chemotherapy or pembedahan sebab takut membahayakan nyawa baby dalam kandungan. Arwah memilih untuk tunggu sehingga selepas beranak baru memulakan semua rawatan yang perlu. Itu pun, arwah terpaksa beranak secara ceaser sebab belum sampai due date. 

Wallahua'lam, aku sendiri tak pasti kenapa, selepas arwah beranak, dia tidak menjalani rawatan hospital yang sepatutnya dia buat. Samada dia sendiri memilih untuk terus berubat secara tradisional, ataupun mungkin doktor sendiri yang nasihat macamtu, wallahua'lam. Sehinggalah arwah sudah tidak mampu bangun, dan tidak mampu makan dan minum, baru lah dia dikejarkan ke emergency. Dan time tu doctor cakap, dah terlambat untuk apa apa jenis rawatan.

Allah.

Almost setiap hari aku datang hospital, menjenguk arwah. Ketika ini baby yang dilahirkannya baru berusia 4 bulan.  Tidak putus putus kami berdoa semoga Allah mengasihani arwah. Anaknya masih kecil, anaknya masih memerlukan ibunya. Tapi Allah Maha Besar. Allah lebih mengetahui.

Satu hari tu, Jila, juga kawan baik aku ketika di matrikulasi dulu, juga rapat dengan arwah, datang melawat arwah di hospital. Ketika tu gembiranya riak muka arwah. Sebab kami bertiga memang suka usik mengusik. walaupun masa tu aku dan Jila perasan yang arwah punya percakapan sudah tidak lagi jelas, pikirannya sudah sedikit terganggu. Tapi, dia masih ketawa seperti tiada apa yang berlaku. Seperti dia masih sihat macam dulu. Arwah minta untuk ambil gambar bersama. Beratnya hati ya Allah. Bukan apa, tak sanggup nak ambil gambar dengan keadaan dia macam tu. Tapi kami ikutkan je permintaan arwah, asalkan dia gembira.

Ketika itu, kanser arwah sudah merebak ke tulang.

Arwah sepatutnya menjalani check up penuh pada hari isnin. tetapi disebabkan kaki arwah sudah mulai bengkak, doktor postponed ke tarikh lain. aku masih ingat, hari terakhir sebelum aku berangkat pulang ke Shah Alam, hari terakhir aku memeluk arwah. arwah cakap kat mak dia, 

"ni yang tinggal di KB tu mak"

Terdiam aku, sebab aku sedar ingatan arwah makin terganggu. Aku hanya senyum dan iyakan sahaja. Arwah dah start confuse between aku dan Jila. Jila berasal dari KB, bukan aku. Sempat aku berborak dengan suami arwah, katanya sekarang ni arwah kadang kadang meracau, waktu malam nampak benda benda yang orang tak nampak, arwah banyak flashback perkara perkara lampau. 

Sempat aku pegang tangan arwah, dan aku cium dahinya. Sebaknya rasa masa tu tapi aku tahan. 

Ketika aku dah pulang ke Shah Alam, tak putus putus aku bertanya kat Karen. Alhamdulillah kawan kawan kelas dari matrikulasi yang lain jugak ada datang melawat arwah. Karen bagitahu, kanser arwah sudah merebak ke hati. Mata dan kulit arwah sudah start kekuningan. Teringat arwah makcik aku yang meninggal dua tahun lepas akibat kanser hati. hanya sebulan lebih arwah makcik bertarung.

Seminggu selepas pulang ke Shah Alam, suami arwah maklumkan yang arwah sudah di bawa balik ke rumah, tapi sesiapa yang hendak melawat masih boleh datang ke rumah. Sungguh aku teringin sangat nak jumpa arwah lagi, nak tahu keadaan dia macam mana.

14hb March, 2017. Aku mimpi aku bawa Jila datang lawat arwah. Kami nampak arwah baring di atas katil, and arwah menangis tengok aku dan Jila. Nak sangat aku bertanyakan Karen hari tu macam mana keadaan arwah. Tapi entah kenapa aku tak jadi pun nak tanya.

15hb March, 2017, pukul 11 pagi, aku dapat messege daripada Karen, arwah baru meninggal dunia. Susah aku nak percaya. Aku contact adik perempuan arwah, tanyakan pasal berita tu. and dia cakap memang betul, arwah meninggal lebih kurang pukul 10 pagi.. Innalillah...terasa ingin meraung sekuat kuatnya masa tu.

Sepanjang hari aku terkenangkan arwah. Badan terasa lemah tak bermaya. Terlalu cepat ni Suer..

Nampak betapa ramai yang sayangkan arwah. Di facebook, ramai rakan rakan matriks lama yang berkongsi cerita masing masing ketika dengan arwah. Semua mengaku rapat dengan dengan arwah. Arwah memang disenangi oleh semua orang.

Pemergian arwah buat kami sedar, we were too busy with our life sampai kami lupa untuk ambil tahu pasal kawan kawan. We took our friends for granted. Ketika majlis perkahwinan arwah dulu, aku ada kat Sabah. Padahal kalau nak dikira bukannya jauh mana pun. Tapi disebabkan partner aku cancel last minute masa tu, so aku tak pergi. 

Bagi aku, tak apa lah, nanti bila dia beranak je lah aku pergi. A year after, selepas dia beranak, still aku tak luangkan masa untuk menjenguk. aku hanya menghubungi arwah masatu dengan whatsapp je. 

Aku selalu rasa yang dia akan selama lamanya ada. Anytime boleh jumpa. Tapi aku lupa, yang ajal maut tu datang bila bila masa sahaja. Kita tak tahu pun ada berapa lama lagi kita boleh bersama dengan orang orang yang kita sayang.

Aku tak pernah lost contact dengan arwah. Selepas matriks, kami masuk kos berbeza di UMS, hanya sebulan. Selepas tu aku pindah masuk ke universiti lain untuk kejar kos yang aku nak. tapi kami tetap contact, walaupun bukan selalu. Sebelum arwah berkahwin, setiap kali arwah outstation ke KL, kami akan berjumpa dan sama sama tidur kat hotel. betapa aku bersyukur, jika dikenangkan balik, at least aku ada kenangan yg lebih bersama dengan arwah.

Who would ever thought yang Suer akan pergi dulu....

Don't take friends for granted. Don't take family for granted. because we never knw.When it's too late, there's nothing you can do. Be safe everyone, jaga kesihatan, stop smoking, eat healthy food, do exercise.


Besar pengorbananmu Suer untuk anak dan suamimu.



Al-fatihah.

Suarni Hj Masirang
29.06.88 - 15.03.17










You Might Also Like

2 comments

  1. Menitis air mata bila baca kisah ini, kernanya mengingatkan saya pada seorang sahabat yang juga telah dijemput Allah pergi meninggalkan seorang anak berusia 6 tahun akibat sakit barah payudara. Perwatakan sahabat saya seperti juga perwatakan Sue, wajah yang sentiasa tersenyum dalam semua keadaan, hatta semasa saya menziarahinya dihospital dalam dia sedang menahan kesakitan dia masih mampu tersenyum kepada saya dengan mata yang bergenangan air, saya tak pasti adakah kerana gembira melihat kedatangan saya atau sedang menahan kesakitan. Hanya morfin yang menjadi peneman untuk kurangkan kesakitan arwah sehingga saat kematiannya.

    Semoga Allah menempatkan mereka bersama golongan yang beriman diatas segala ujian yang Allah berikan dan mereka sangat sabar menghadapinya.

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe