Kenapa Susah Nak Lupakan Bekas Kekasih.

7:30:00 pm

Assalamualaikum.

Mari bercerita pasal love love lagi. hewhew.

Last time aku post pasal "easy steps to heal a broken heart". Kali ni nak cakap pasal "kenapa susah nak lupakan dia."

Kena admit jugak lah, compared to lelaki, orang perempuan ni lagi susah nak lupakan ex dia. ni ramai orang cakap lah eikk..even lelaki sendiri mengaku. kuikuikui. Anywaysssssss....

Korang dah break beberape bulan, even aku ade seorang kawan baik yang dah setahun dah break, tapi sampai sekarang still tak boleh lupakan ex die. Kite selalu cakap yang kite dah move on, and kita happy just being single.

Don't say "im okay being single" when the truth is you don't say something that you don't feel. In denials 
Denials.

Move on ke? setakat mana?

Happy ke? setakat mana?

Even after long time, kenapa kita masih menyebut-nyebut nama ex kita, masih terfikirkan dia sebelum tidur? masih teringin nak tahu pasal dia?



Still ambil tahu.
Lepas break, ye la dah tak ade connection between korang. tapi korang still nak amik tahu pasal dia. hidup ke lagi die? sihat tak? pergi kerja tak hari ni? minggu ni ade training rugby ke tak? segala-galanya lahhhh korang nak tahu. Siap nak tanye kat kawan kawan ex korang lah..nak tanye kakak die lah..abang die lah..Yep, ini mungkin bukan hanya sebab korang just nak tahu, mungkin juga sebab korang rindu. Thats why la, anything yang korang leh dapat information pasal die, pun bleh buat korang tersenyum for a second.
Well, tak salah bila ade sifat mengambil berat kat orang yang kite sayang, tapi orang kat belah sana ade ambik berat lagi ke pasal korang? mane? takde sound pun?

Teringat kenangan lama.
Alahaiii ni memang susah sikit nak halang. pergi mana-mana teringat, kat situ tempat pertemuan lah, tempat makan tomyam same-same lah..tempat bercuti sama-sama lah, tempat karaoke sama-sama lah, every little things pun dah boleh buat korang teringat. apatah lagi bila kita masih menyimpan barang or hadiah dari dia, mesti susah nak ignore perasaan teringat. lepastu tengah drive, pasang radio, keluar plak lagu yang korang pernah nyanyi same-same time bercinta dulu, hahh sudah,, berjuraian airmata! hewhew. Perempuan ni sentimental sikit. ape-ape pun ade sentimen buat die. even tempat duduk kat dalam restoran yang korang pernah makan bersama pun perempuan akan ingat. thats why, semakin kenangan lame bermain kat dalam otak, semakin kita menguatkan lagi ingatan kita pada dia. lagi parah bile ade yang suke pergi ke tempat tempat yang dia pernah pergi dengan ex die. nak melepaskan rindu, sanggup drive jauh jauh, mengimbau semua manisnye detik detik tu. ceewah!  its not easy nak buang kenangan lagi lagi kenangan tu manis. setiap kali teringat boleh buat kita tersenyum. but AGAIN, orang belah sana ade ke teringat pasal kenangan korang? ade?

Masih sayang.
kalau time berpisah tu adalah kerna sebab yang tak dapat di elakkan, bukan sebab membenci satu sama lain, sudah pasti lah hati masih sayang. bila hati masih sayang lagi susah la nak melupakan bekas kekasih. orang kata, lama lama  nanti lupa la sayang tu. yeke?

Still mengharap
Selepas semua yang berlaku, kita dah sama sama mendoakan kebaikan dan kegembiraan hidup antara satu sama lain. sama-sama redha dengan perpisahan, and kita pun nak yang terbaik untuk die. tapi jauh di sudut hati, semua yang kite ucap kat bibir tu langsung tak sama. sebenarnye perasaan mengharap tu masih tebal di dalam hati. mengharap yang one day dia akan text kite, tanye khabar, or one day dia akan call, cakap kat kita yang dia rindu, or mengharap yang dia akan datang balik pada kita and semua akan kembali seperti waktu waktu happy dahulu. Perasaan mengharap ni boleh membunuh, bila kita mengharap, kita berhadapan dengan samada kegembiraan, atau kehampaan. Kita sepatutnye sedar, bila kita sepatutnye berhenti berharap. Sebab, lebih kita berharap, lebih sedih kita nanti. Lebih sakit kita nanti. Mungkin dia betul betul dah move on, dah bahagia bersama orang yang dia sayang.


Okayyy, Situasi yang lain, katalah, sukar nak lupakan ex kita, tapi memang bukan sebab perasaan cinta dah,

Tak dapat terima kenyataan.
Mungkin bukan sebab pentingkan diri sendiri. mungkin kerana kita dah berusaha berhempas pulas, untuk bersama sama fight for the relationship, tapi after dah buat macam macam, hubungan berkecai jugak. Some people tak dapat menerima kenyataan bila mana die fikir dia dah lakukan yang terbaik, dah berkorban macam macam untuk kekasih dia. Seeloknya, belajarlah menerima kenyataan. Tak semua ape yang kite rancang akan menjadi.

Banyak persoalan
Time korang break up dulu, kali terakhir korang berhubung, korang bergaduh besar. sudahnya, banyak persoalan dalam kepala otak korang yang belum terjawab. why this? why this? why this? trust me, even aku pun kalau boleh ade 1000 persoalan yang aku still nak kan penjelasan. so, hari hari pun kita still dibayangi dengan persoalan demi persoalan. masih ade rase tidak puas hati. mencari di mana silapnya dalam hubungan korang yang lepas.

Perasaan benci dan marah.
Sebenarnye perasaan benci dan marah ni tak elok, sebab lagi kite benci, lagi kite berdendam, lagi kita susah nak lupakan bekas kekasih kita. Memaafkan itu lebih mulia. tapi, tahu, bukan lah senang hendak memaafkan lagi lagi bila korang lah mangsa.

Ini daripada pemerhatian and pengalaman aku je lah. tak ade lah buat research paper betul betul pun. Ape pun, kita kena sentiasa sedar, jika tuhan betul betul ingin menyatukan kita dengan orang tu, in shaa Allah satu hari nanti pasti akan bersama jugak. jika ada jodoh, satu hari nanti akan bertemu kembali jugak. kalau betul sudah tak ade keizinan Allah untuk bertemu lagi, doakan saja lah dari jauh. semoga kesihatan nya terjaga, dan hidupnya baik baik saja..


Belajarlah dari kesilapan, don't give your 100% dalam bercinta, sudahnya bila apa apa jadi, kita frust tak sudah. kan sendiri yang sakit.

'Coz when a heart breaks
no it don't break even, 



Sekian terima kasih :)

p/s: 18055 and still counting, thank you viewers. dont hesitate to leave ur comment okay.. :D










You Might Also Like

23 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe