Ke mana nak pergi ni.?

12:20:00 am

Assalamualaikum.

Raya haji dah dekat weh....aku plak nak balik sabah tak dapat. ke mana aku nak tuju ni? hukhukhuk.. budak-budak uitm plak dah start mid sem break after raya haji, so, memang tak ada orang lah kat rumah. nak duduk rumah gak ke...? :(

kawan-kawan ade je ajak balik ikut diorang. entah..tinguk la macam mana....aku pun macam nak pegi somewhere...pegi JB ke, ade gak cousin aku sorang kat sana tersadai tak dapat nak balik macam aku. haha..nasib di perantauan!

tak pun pegi tioman. haha gile tak aku nak pegi tioman time musim hujan macam ni? kat tioman ade rumah mak. best je tioman. aku tak tau nape, tapi aku sangat jatuh cinta dengan tioman. kalau aku pegi tioman, aku nak stay situ sampai hujung bulan november, time nak balik sabah. hakhak..boleh macamtu?? jadi orang pulau kejap. :D

tapi aku macam nak balik rumah ayah gak..rumah number 221. eeehe..main nak datang jek. tak tanye pun boleh datang ke tak. ni muka tak tahu malu namanye! hahaha...tapi rumah ayah mesti penuh. nanti macam menyusahkan jek nak menyelit-nyelit plak kat situ. hukhuk. ke manakah harus ku tuju?!

Teringat kat kampung, raya haji kat sabah tak ada lah semeriah orang kat sini sambut. just kalau kat rumah kitorang, kalau ade rezeki lebih, bapa akan buat korban. kat tempat aku korban KERBAU yee kawan-kawan. KERBAU. bukan lembu. biasanye abang-abang aku tak balik pun raya haji ni. just kitorang je la..dengan kakak-kakak aku yang ade kat rumah. aktiviti raya beraya di rumah orang lain memang tak ada. just kat rumah aku lah agak meriah siket sebab ramai orang akan datang bergotong royong memotong daging kerbau yang dah disembelih.

Keadaan kalau beramai-ramai kat rumah memang riuh..bingit! aku tak amik part la memotong daging. kita serahkan pada yang pakar je. hahaha...keje aku tolong memasak...siapkan apa yang perlu.sediakan makanan untuk orang-orang yang datang kat rumah. haaa..part makan best tau. bile ade keje bergotong royong je..beramai-ramai kat rumah, tengahari tu kitorang akan makan sagu. ataupun bahasa kitorang panggil "ambuyat". nyummmehhh...OH! OH! OH! jangan silap, bukan ULAT SAGU okay! SAGU sahaja. yang putih macam tepung tu. then masak ngan air panas...uhhh sedap sangat! u guys should try. sangat helpful for those yang diet. sebab sagu ni masuk perut jadi air. hahah..makan sampai lebam pun, tak gemuk-gemuk. buncit sementara je kut sebab buncit air. dont afraid of buncit, sebab semestinya buncit itu sexaaayyyyy!! :P

Part makan sagu ni memang di tunggu-tunggu. time ni la ramai-ramai berkumpul duduk bersila, and masing-masing dengan cecah masing-masing. cecah biasanya kalau kat sini kita panggil kuah singgang., kuah kari pun boleh, or apa-apa saja lah yang berkuah. ikut kreativiti.

aku suka sangat kalau ada kenduri kat kampung, even kena suh buat kerja macam-macam. tapi time ni lah boleh tinguk gelagat orang kampung macam mana. uhh,,,kat kampung aku 98% bangsa Brunei. orang-orang brunei kalau bergurau., mak aihhh...riuh sangat! hahah...and lawak orang tua-tua ni, best je nak dengar. hahah..tumpang gelak je! huhu..God...rindunye kampung! :)

tak tau nak pergi mana. tak nak la duduk sorang-sorang kat rumah. jiran pun mesti ramai balik. raya haji plak hari jumaat kan. mesti semua orang nak balik. tak pe lah...nanti aku pegi la masuk hutan ke, camping ke..panjat gunung ke..bahahahah....cakap macam pernah buat!! bak bagi pacat sekor aku dah menjerit-jerit!.memang tak boleh pakai bab nak masuk hutan. adehhhlaaa..belum lagi oakyy...insyaAllah kalau ade yang try ajak aku masuk hutan camping ke ape, time tu keberanian dan kebosanan berada pada tahap maksimum, boleyh jek. tapi confirm aku bawa garam satu kampit. :D

Okeylaaa..pada yang dah ade planning tu, semoga berbahagia, baguslah. semoga gumbira gumbira yeee....buncit tu kasi kurang siket. siket je la...kalau tak buncit langsung kang tak sexy plak. ehekkkk...Sekian...selamat malam sayang-sayangku..

selit la satu gambar aktiviti semalam. kitorang pegi muzium negara beb! hahah..kau hado? ekekek..


Assalamualaikum...







You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe