Nyahhh Kau Boring Ringtones.

12:21:00 am

Assalamualaikum....

Selepas aku upgrade ios iPhone aku jadi ios6 semalam, application Unlimtones yang aku download daripada Cydia pun hilang jugak. then ringtones aku semua dah hilang, yang tinggal hanya lah Kringgg Kringgg..Unlimtones membolehkan aku download any mp3 ringtone, lagu-lagu yang tengah in sekarang, straight ke dalam sound, so aku leh set sebagai ringtone immediately.  ....

maka di kesempatan yang ada dengan WIFI yang laju di tahap maksimum ni, aku dengan rajinyya menggodeh-godeh bagaimana caranya nak dapatkan ringtone mp3 tanpa menggunakan khidmat jailbreak. And yesss....berhasil. So, korang tak perlu dah sebok nak buat jailbreak lepasni sebab nak ringtone yang best. Ade bebrape step, tapi mudah je sebenarnye... mesti ramai yang dah tahu kan? aku je lambat. mahhahah...tak ape tak ape..pada yang dah tahu, duk diam. ahahah

Ape yg korang perlukan just, iPhone, cable, laptop with itunes, and WIFI. Lets go!!

1. Download application ringtone maker menggunakan application store kat iPhone korang. aku guna application ni, RMaker.



2. Selesai download, open the application and korang akan nampak ni...then click pada symbol muzik tu.."select a song to start"



3. Selepas click tu, dia akan keluarkan senarai lagu yang ade kat Music dalam handphone korang. Just select lagu yang korang berminat nak jadikan ringtone. Untuk handphone aku nie, aku click lagu Blow me (one last kiss) by Pink. OH please note that apps ni hanya boleh guna lagu yang ada dalam Apps Music yang dah ada dalam iphone tu sahaja, any music apps yang lain tak boleh. Kalau nak masukkan lagu dalam apps Music kat dalam handphone ni, mudah sahaja. dengan menggunakan itunes kat laptop, just drag lagu yang ada dalam laptop / computer korg ke dalam playlist dalam itunes. Lepastu, connect kan iPhone korang dengan laptop tadi guna USB, sync playlist, and done. dah ada lagu dalam handphone :)



4. Dah select, korang akan smpai part ni, and lagu yang korang pilih tu akan tertera kat atas tu. nampak tak? okayy...dah tu, part Start: 00:00 tu part di mana korang boleh adjust korang nak ringtone korang start dari mana. Contohnye korang nak ringtone start dari Chorus. Tapi korang tak sure chorus tu pada minit/saat yang ke berapa. so, korang boleh click button "Play" untuk dengar dulu lagu tu, and dapatkan saat/minit yang korang nak. dah dapat, click button "stop", and untuk kes aku ni, aku start pada minit saat ke 46. so ape aku buat, adjust to Start: 00:46. korang leh click button Start lagi untuk dengar betul ke tak ringtone tu start dari saat yang korang nak. Bile korang dah confirm, korang boleh click button save kat sebelah kanan Play tu.






5. bile dah keluar "success" ni, click pada "send"


6.Then, send ringtone tu kat email kite. or, save as draft. so that bile kite bukak email kat laptop, kite blh download ringtone tu.




7. dah download, sambungkan iphone ke laptop menggunakan cable. bukak itunes, Click pada "tones",

8. drag ringtone yang kite dah download tadi ke dalam tones,


9. open ur DEVICE, and click pada "tones" , Sync.



10. dah habis sync ...bukak handphone, Setting, sounds, and taraaaa....ur ringtone dah ade kat sini!! select, and ure done!!!



OR, CARA MUDAH LAGI.

selepas dari step no. 4, korang boleh straight bukak itunes (dah sambung iphone guna cable ngan laptop eh..), Click pada "application". And cari application ringtone maker yang korang buat tadi. usually korang kena scroll kat bawah.



dah jumpe, click pada application tu, and die akan bagi senarai lagu yang korang dah siap edit jadi ringtone tadi. select ringtone yang korang nak, and click "save to". save ringtone tu dalam laptop korang, then continue pada step 7 dan seterusnyee.... :D

Thats all...harap dapat bantu korang yehhh!! eheheh... selamat mencuba kaliansss..

Assalamualaikum.





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe