Budi bahasa tahap longkang.

5:44:00 pm

Assalamualaikum..

Minggu ni aku datang ke bumi semenanjung lagi. First sebab nak menghadiri majlis perkahwinan kawan baik aku, Suhaida Ameran. Alhamdulillah bertemu jodoh yang baik, see, segala pahit manis dahulu terbalas dengan kebahagiaan sekarang. Kesabaran dengan dugaan dugaan di hubungan yang lampau, akhirnya tuhan balas dengan rahmat. Semoga perkahwinan Suha dengan Saifulillah berkekalan hingaa ke akhir hayat. Aamiin.

Second, aku datang sebab nak uruskan ade lah hal sikit. Pastu nak jumpa kawan kawan. Ramai complaint aku datang KL hari tu tak jumpe diorang pun.

Oklah.. berkenaan tajuk yang berbunyi rase menyampah yang amat ni. Begini...

Aku sampai Shah Alam pada pukul 8 malam, hari ahad. After majlis Suha kat segamat, aku terus drive ke Shah Alam. Aku sewa kereta so that mudah untuk aku bergerak kalau ade kereta sendiri.

Kali ni aku tak book mana mana hotel. Sebab kawan aku jemput stay rumah dia. Rumah sewa, di Jalan Turmalin Tujuh, Seksyen 7 Shah Alam. Kawasan perumahan yang mostly penduduk kat situ adalah berkeluarga. (Rumah renovate besar besar, kereta besar, so i guess, berkeluarga lah)

Dulu aku masih ingat, setahun yang lepas, di lorong ini juga la kawan aku, Duna, menyewa. Aku pun time tu beberapa kali menumpang tidur kat rumah dia. Kawasan Turmalin ni memang susah nak parking.

Kalau masih tak tahu di mana kawasan Turmalin, okay kat Unisel Seksyen 7, seberang jalan die ada perumahan. seberang dengan shell. yang ade padang tu.

Malam pertama, oleh sebab parking rumah kawan aku ni pun dah full, aku parking kat tepi longkang. Sebelah rumah number 19. Banyak kereta parking kat sana jugak.

Malam kedua, tempat aku parking tu dah occupied pulak. and memang full sana sini. dari hujung ke hujung cari parking. Aku cari kat area luar, kat jalan utama dia, pun full.

Kat depan rumah no. 19 ni, di sebelah kiri luar pagar, ade sedikit ruang yang muat laa kalau nak parking. unfortunately die letak tong sampah kat situ. I guess maybe die taknak orang parking kat situ lah.

Aku dah buntu nak parking mana.

Lepastu aku parking je lah kat corner rumah no.19 tu. Aku risau jugak, aku menghalang laluan ke. Aku dah betul betul rapat ke tepi. Tawakkal je lah. Mungkin tuan rumah ni akan marah sebab aku parking dekat ngan tong sampah die. Tapi lepas aku dan kawan aku check yang kereta aku parking tak menghalang laluan mana mana, aku parking je lah.

Keesokannye, betul lah. kawan aku bagitau yang ade notice kat kereta aku. Aku pun pergilah nak alih kereta tu sebab siang banyak dah tempat parking orang dah gi keje.

Dan betapa terkejutnya aku bila nampak kertas sebesar A4 melekat betul betul kat cermin depan pemandu. Notice yang siap print tu tertulis "jangan parking kat sini, menghalang laluan". or something like that laaa.

okay, dalam kepala korang mesti tak terkejut sangat kan.

kertas yang melekat tu, di lekatkan menggunakan glue, full satu A4 tu die letak glue. Aku try carik carikkan die, letak minyak letak air letak sabun..tak berhasil.

okay aku dah cuak. ni kereta sewa masalahnye.

cuaca kat shah alam plak panas time tu. kat bawah panas la jugak aku menyental nyental. even aku dah sental pakai benda tajam. tak tanggal jugak. sikit sikit je la.

aku terus contact faiz, tanyekan die macam mane nak bersihkan. lepastu faiz cakap kena guna thinner. peluntur cat. aduih mana nak dapat.? kebetulan yazid ade kat shah alam. Yazid la yang tolong belikan. Yazid gak la tolong sentalkan sampai habis.

Ade setengah jam jugak lah kitorang menyental kat tengah tengah panas, baru boleh clear.

-------------------------------->

Yes, salah aku sebab parking menghalang jalan. Aku tak nafikan.

time aku parking, aku dah consider belah depan belakang kiri kanan, menghalang parking ke tak. pada pandangan aku dan kawan aku time tu, tak menghalang pun. Tapi, silap aku, aku TERLEPAS PANDANG yang ade mungkin dari belah mana2 yang terhalang.

MAAFKAN SAYA.

Tapi, letak glue yang kuat, kat cermin depan kereta aku, kertas sebesar A4, PERLU KE?

MOTIF????

nak tunjuk awak marah?

nak keluarkan kereta tapi jalan sedikit terhalang, so sempat masuk rumah balik type kat computer and print and bawa glue keluar lekat kat kereta yang baru je hari tu wujud kat situ. saya bukan penduduk kawasan turmalin bang. kereta tu pun mesti asing bagi awak kan? tak pernah nampak pun sebelum ni kat kawasan tu.

"baru kau rase, aku lekat notice ni kat cermin depan kereta ko supaya pandangan ko terhalang time ko bawa kereta ni since ko halang laluan aku". macam tu eh?

kertas tu kalau di letak air sahaja pun dah boleh melekat dah kat cermin tu. tak perlu nak glue. letak je kat wiper pun aku boleh baca.

bile jadi macam ni, aku terfikir macam, camni ke budi bahasa orang Malaysia? bukan marah sebab kena sental kat bawah panas, tapi kecewa dengan sikap tak bertimbang rasa orang yang sanggup lekat kertas dengan glue kat cermin kereta orang lain. kereta orang lain kot? harta orang lain?

tak perlu nak kejam sangat. kalau kereta awak kena glue macam tu, awak suke?

mungkin kereta sy menghalang laluan awak, tapi kat situ bukannya tak ada laluan lain. ada banyak simpang dan jarak bukannya jauh sangat pun.

takpe aku kena beli thinner, RM 3 je untuk sebotol. kena sental tengah panas. tapi yang menyedihkan tergamaknya lah kan orang yang buat tu. kalau dengan orang asing pun tak ade budi bahasa, apa tah lagi dengan orang yang dia kenal.

AWAK YANG TELAH MELEKATKAN KERTAS NOTIS TU KAT KERETA SAYA, ( incase awak lupe, kereta saga blm color silver,hari selasa 16 April 2013) ... ini buat awak.

saya tak pasti awak dari rumah mane, rumah 19 ke, 20 ke, 21 ke.. atau mana mana lah. lorong turmalin tujuh yang pasti.

saya tahu silap saya parking kat situ buat laluan awak sedikit terhalang, tapi..

ape yang awak buat kat kereta saya tu, sangat kecewa dengan sikap awak. awak mesti lagi tua dari saya kan? sepatutnye awak berfikir lebih baik dari saya.

saya doakan yang baik baik untuk hidup awak okay.


--------------------------->
Gambar ni dah halfway done. fewhh!


You Might Also Like

2 comments

  1. Oklah tu.. sy tiap hari jiran parking macam gampang.. nasib bek tak boleh komen pakai gambo je.. kalu tak dh penuh gamvo kete dia kat sini.. sampai tak tau nk buat apa dgn org takde perasaan ni..

    ReplyDelete
  2. Oklah tu.. sy tiap hari jiran parking macam gampang.. nasib bek tak boleh komen pakai gambo je.. kalu tak dh penuh gamvo kete dia kat sini.. sampai tak tau nk buat apa dgn org takde perasaan ni..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe