Produk Kecantikan dan Kesihatan Kulit.

12:10:00 pm

Source: Google (Gambar sekadar hiasan)

Dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, pelbagai jenama produk kecantikan yang kita boleh pilih kat luar sana. daripada pil, sehingga lah krim, berlambak lambak sampai kite confuse nak pilih mana.

First of all, ape kah definisi kulit cantik/sihat bagi korang? ade orang yang berkulit gelap, mengimpikan kulit putih gebu. Ade kulit yang dah putih gebu pun masih nak cari produk memutihkan kulit. Zaman sekarang, ramai orang berlumba lumba untuk mendapatkan produk kecantikan kulit yang paling berkesan, kalau boleh seawal dua hingga tiga minggu.

Sebenarnya, pada pandangan aku lah, untuk mendapatkan hasil kulit yang semulajadi gelap untuk putih dan gebu, bukanlah easy task. bukan lah hanya sekadar telan pil, or sapukan krim. Kena betul betul buat penjagaan and memakan masa yang sangat lama.

Ade satu produk yang aku tahu, orang terdekat aku pakai, memang cepat hasil dia. sekejap je nampak putih dah. tapi dia tak perasan apa yang produk tu dah buat kat kulit dia. Kulit die nipis, sebab proses pemutihan dia tu mengakibatkan kulit dia mengelupas. bayangkan lah bahan kimia apa yang digunakan sehingga kulit boleh mengelupas. and bayangkanlah bahaya dalam masa akan datang.

Hairan jugak dengan kita ni kan, sentiasa mengimpikan kulit putih melepak. kadang kadang orang hanya ingat untuk memutihkan bahagian muka je, dah tu leher dan tangan badan sume gelap. haha. dah macam kepala lain badan lain.

For me, daripada mengejar kulit yang putih melepak, aku lagi prefer kulit yang sihat, yang tone sekata, kurang berminyak, tiada kulit kering or mengelupas, liang roma mengecil, kurang jerawat, bebas dari white or blackhead, bebas dari pigmentasi. besides, sebenarnye kulit kita yang tan ni pun sama cantik dengan kulit putih melepak tu.

tapi dalam kita menggunakan pelbagai product di pasaran, berpada pada lah. jangan terlalu di "seksa" kulit kita. kesian. takut kesan untuk jangka masa yang panjang.

aku dah pernah menggunakan banyak product pembersih muka di pasaran. setahu aku, pembersih yang baik adalah pembersih yang kurang berbuih. dan jika selepas kita cuci muka, bila dah keringkan, muka terasa tegang, itu tandanya product itu tidak elok, and sometimes tak original.

product product penjagaan kulit ini sebaik baiknya di simpan di tempat yang tidak panas. paling paling pun suhu bilik. jangan biarkan berjemur, takut komposisi die terganggu, nanti dah tak elok.

tanda lain product tu dah rosak, bau yang kurang menyenangkan, warna yang berubah daripada warna asal, or condition yang berubah. contohnye pada awal kite beli, product tu cecair pekat. tapi berubah kepada cecair yang cair.

Product penjagaan kulit ada yang disertakan dengan tarikh luput. so time beli tu, aware sikit okay.

Bila dah tahu tak elok, ape lagi. jangan nak gatal hati nak simpan, nak paksa juga pakai. mungkin korang try nak save RM15.30 korang daripada melayang, tapi once korang guna product yang dah tak elok tu then dapat kesan ke atas kulit korang, jangan terkejut bila terpakasa keluarkan RM 1530 plak untuk buat rawatan.

Ade cara yang murah, and ade cara yang mahal untuk menjaga kecantikan/kesihatan kulit. ade yang suke manjakan diri pergi SPA. pada yang tak berape mampu, tak salah nak pergi SPA, sekali sekala memanjakan diri kita. terdapat banyak coupon kat luar sana yang boleh digunakan untuk kita kat SPA. cuma lumrah rakyat malaysia ni, kebanyakan nye buat tak endah kalau nampak coupon.

tapi, no worries, kalau tak mampu, or tak ade masa, penjagaan kat rumah kalau dengan cara yang betul pun sudah memadai.

bagi perempuan, makeup mestilah betul betul bersih lagi lagi sebelum tidur. jangan sesekali tidur dengan makeup. bukan faktor kulit muka je, tapi contohnye maskara or eyeliner, jika tak di bersihkan, boleh membawa penyakit kepada mata. kalau mata kita dapat sakit, infection atau sebagainya, adalah saaaaaangat sukar nak cure.

jangan igat penjagaan kulit hanya penting untuk perempuan je tau, lelaki pun same. sekarang ni banyak gila product yang direka khas untuk lelaki. jangan malu untuk singgah kat kedai untuk beli product kecantikan lelaki. sayangilaj diri anda okays! Hahaha.

orang lelaki, lebih terdedah kepada panas terik, rokok, tidur lewat malam, makanan tak berkhasiat, semua tu menyumbang kepada masalah pada kulit. cakap pasal white or blackhead? hewhhhh ce try picit, confirm besar besar sumenye.

Produk kecantikan lelaki pun sepatutnye lengkap dengan pencuci muka, serum (untuk memulihkan sel sel kulit) , sunblock (sangat penting, lagi lagi yang suke berpanas, yang suka beraktiviti di luar, pakai sunblock kat muka, also kt bahagian yang terdedah), also, lotion (taknak kulit kite tak ade protection and kering).


Sunblock adalah elemen yang penting, sebab cahaya matahari kat malaysia yang sangat dekat dengan garisan khatulistiwa ( bagi sesiapa yang still questionning kenapa malaysia ni panas compared to UK) boleh buat kulit kita burn, and jika terlalu terdedah, juga boleh menjadi salah satu punca kanser. just think of this, ada dua jenis cahaya. satu jenis yang mata kita boleh nampak. ni lah cahaya yang menerangi alam. satu lagi cahaya halus yang mata kasar kita tak boleh nampak, di panggil ultraviolet. ade UVB, UVA, and UVC. so, bila kita pakai sunblock, cahaya cahaya ni akan dipantulkan (reflected), tetapi jika kita tidak memakai sebarang sunblock, cahaya ini akan diserap (absorbed).

Generally, u have to remember that ultraviolet can be very dangerous as it can harm your skin but u can't see it until it's too late. so if your condition needed you to berpanas di bawah cahaya matahari, pakailah topi, baju yang longgar, and sunscreen/sunblock.

orang lelaki ni lain sikit, die tahu pembersih/pencuci muka. yang lain die tak amik tahu. kena lah pakai something yang boleh repair sel sel kulit kite. no worries, jentina awak tak bertukar selepas pakai cream or serum.

And yang penting, setiap kali kita berusaha, menggunakan cream, or toner, or serum, or apa apa je, jangan lupa bismillah. sebab semua ni daripada Allah, :)

Next post insyaAllah aku akan tulis pasal beauty product yang aku boleh suggest kan untuk korang. okaysss.. sekiansss!!!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe