Benign (Ketulan Tak Merbahaya Pada Payudara Wanita)

8:39:00 pm




Selalunye aku tak berape suke nak cite pasal bende ni. Tapi baru2 ni one of my good friend diagnosed kena penyakit ni jugak. made me terase nak share sedikit info yang aku tau, aku pun dah lebih kurang 11-12 tahun hidup dengan penyakit ni. So, if ade kawan2 yang bace entry ni, aku harap dapat bagi sedikit info kat korg pasal penyakit ni, and fikir la what steps u should take after korang sedar korang ade bende ni. It was hard, really hard to pakse kawan aku sorg ni nak pergi hospital n get check up. Dah berbuih mulut nasihat kat die. Aku sayang kawan2 aku, tanak die jadi macam aku, when everything was just too late.

Benign. Sejenis penyakit kelainan pada payudara yang tidak merbahaya, bukan kanser. or doktor aku panggil sakit aku ni fibrocystic. selalunye sakit ni di sebabkan keturunan. first aku sedar aku ade bende ni, tym aku darjah 3. haa..seawal itu. time tu aku takde ape pun lagi. tak ade "ape" pun. hahaha..satu ketulan yang keras, bergerak2 macam guli, tapi just pada satu tempat. takut, memang takut sangat! Aku tak berani nak bagitau family, or siape2 pun. even time tu aku tahu something is wrong. and it might be a cancer. im soooo freaking out. but still, aku tak cakap kat siapa2 pun.

year by year, i lived with this lump. and its got bigger, semakin banyak, bukan lagi sebiji, tapi banyak and in both sides. Everyday aku dapat rasa kehadiran ketulan tu. fortunately aku tak ade rase lenguh, or sakit, or kesukaran nak angkat barang, kesakitan pada ketulan tu, so..memang orang lain tak tahu lah. on my right, which was the first lump yang muncul, by the end of 2005, saiz dia sangat besar. about 7-9cm. yepp..mmg sangat besar. another one on my left, sebesar syiling 50sen. and few more lumps lagi yang sebesar syiling 20sen, yang kecik2. aku pun tak sure aku ade berape lump time tu.

i was scared, too scared nak jumpe doct. and that time aku tak tau pun adanya ketulan yang berbahaya dan tak berbahaya. so, memang aku betul2 ingat ni adalah kanser. everyday aku akan fikir yang aku tak akan hidup lama. pernah sekali aku try pergi jumpe ustaz, buat rawatan tradisional. tapi tak berhasil. tu pun aku buat curi2 tanpa pengetahuan keluarga, dgn bantuan kawan baik aku time tu. 2004, aku beranikan diri pergi jumpe doct kat klinik. die buat test on my blood. and when the result came out, doct cakap ketulan tu bukan kenser. legaaaa yang aku rase...syukur tak terhingga! baru lah aku tahu kewujudan penyakit ni..sejenis ketulan yang tak merbahaya. tapi ape yg doct buat tu tak tepat sangat la. sebab, bile mengenai ketulan kat payudara, test yang patut di buat sebenarnye ialah menyedut tisu ketulan tu. bukan dgn blood test.

i got my first operation end of 2005. after 2 years, i got another operation, also for both sides, sebab ketulan2 tu dah tumbuh balik. and that time lah my doct explained, lumps ni akar die dah merebak. sebab aku dah simpan lame, memang tak ade ape yang boleh di lakukan. lumps ni will keep coming back. for pempuan yang berumur 50 above, procedure die, doct akan buang terus breast. tapi no for pempuan di bawah 50 tahun. because we still "need" it. :D
after a year, ketulan kecil2 tumbuh lagi. i went to see what doct gonna say about it. sooooo... doct give me 2 option. nak operate and buang, or leave it there. cuz nak operate, banyak sangat side effects. plus ketulan ni tak berbahaya. and aku pilih untuk biarkan je lah ketulan tu.

until now, ketulan dah semakin besar. i went to Sime Darby specialist buat check up. after scanning, doct jumpe banyak ketulan. doct cakap its my choice to remove those lumps or not. aku tanye kat doct tu, is there is any possibility yang between lumps yang tumbuh ni, ade sel kenser. the doct said, no. BUT, these lumps if di biarkan, can react as cancer. ketumbuhan pada payudara ade 3 jenis, or 3 peringkat. first, lumps. second tumor. third cancer. and cancer pun ade peringkat2 die gak.

Alhamdulillah aku ni just lump. but if dibiarkan lump ni boleh menjadi tumor, dan seterusnye cancer. thats why now, aku sedang mempertimbangkan untuk buat laser operation. from beberape doct yang aku dah jumpe, ade beberape method la nak buang. first, operation, kite "tido", and doct buang. second, small operation, doct just potong sikit2 kat bahagian breast yang ade lumps tu. tapi xbest sangat la sebab nanti banyak scars. 3rd, laser operation, ni aku tak tanye doct lgi macam mn. tapi mcm yang doct sebelum ni cakap, kalau ade ketulan yang kecil, better buat laser. kurang sikit bad effect die compared to operation biase.

So, kalau ade korang yang dapat detect ade ketulan kecil on ur breast, u should go see a doct. because if korang biarkan lame2, nanti die semakin merebak. and akar semakin kuat. semakin banyak kat dalam breast. i tell u, even tak merbahaya, still, tak syok laa ade bende ni. we want normal boobs okayh!! hahaha. i know, its in ur breast, attached to ur body, all the decision is up to u, this is just my suggestion, jumpe lah doct awal2. and bace lah banyak article kat dalam internet ni pasal penyakit ni. baca simptom2, penyebab2, and effect2..jangan sedih2 sangat. brave urself pegi jumpe doct. Semua ni dugaan tuhan, we have to face it. :)

here is some useful articles about ketulan pada payudara yang korang leh baca:

http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/12/kelainan-payudara-yang-tidak-berbahaya.html

http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/PenyakitPayudara/kelainan.htm

http://cintaimaginasi.blogspot.com/2012/06/tanda-tanda-awal-kanser-payudara.html


You may also want to read this: benign-part-2


You Might Also Like

60 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe