Sejauh Mana Kita Memaafkan?

11:21:00 am



Pernah tak rasa hari ni kita tenang dan kita maafkan salah silap orang lain kat kita. Tapi on the other day, tiba tiba rasa marah jika teringat balik. Pelik kan? Persoalan ni tiba tiba disuarakan oleh rakan kawan aku kejap tadi.

Sejauh mana kita memafkan salah orang lain terhadap kita? Some people suffer lebih daripada apa yang orang nampak akibat daripada perbuatan orang lain. That's why susah nak maafkan. Walhal kita sendiri tahu siapalah kita, sedangkan Nabi pun ampunkan umat. Kita nak terapkan nilai murni seperti Nabi, tapi kenapa tiba tiba bila teringat balik, masih terasa sakit di dalam hati?

Ikhlaskah kita memaafkan?

Aku sendiri tak tahu nak jawab apa bila ditanyakan oleh kawan aku sebentar tadi. Aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Tiada siapa nak hidup dengan dendam, dan perasaan sakit daripada kisah dulu. Sejauh mana kita cuba untuk melupakan, tetapi bekas di hati bukan senang hendak diubati.

My friend's story goes like this;

It's been 3 years rasenye benda tu dah berlalu. and im happy.. i moved on. i said "aku maafkan ape yang dia dah buat". even dia tak pernah betul betul datang kat aku and minta maaf dengan ape setiap kesengsaraan yang aku pernah alami.

yess, org cakap, manusia boleh berubah. bagi la dia ruang sebab dia dah berubah. tapi pernah tak orang terfikir hati yang pernah dia sakiti dulu. scars yang tak kan pernah hilang. dia mungkin berubah and hidup happy, tapi bagi orang yang dia sakiti , sampai mati jadi igauan ngeri.

people tend to look at the good side. but they forgot to look at the victim.

sesungguhnya aku sedar, sifat pemaaf itu adalah sifat mulia. sifat orang yang cemerlang.

when u did something wrong towards someone, sedia tak untuk bertanggungjawab? ada orang tak pernah sedar dengan kesalahan sendiri dan musnahkan hidup orang lain, atau buat buat tak tahu?

Bagaimana jika silap yang dia buat tu telah menyebabkan hidup orang lain kucar kacir? menyebabkan hidup orang menanggung hutang? sejauh mana dia mampu bertanggungjawab di atas segala perbuatan dia? dan cukupkah sekadar "maaf" itu?

Semoga kita dijauhi daripada perasaan dendam. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe