I love you Bibi.

12:26:00 am

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang agak stress bagi aku. and sedih, sebab bibi dah pergi buat selama lamanya pagi tadi. Semalam selepas doctor diagnose bibi and positive virus pavo, doctor terus call aku suruh aku ambil bibi sebab bibi tak boleh duduk wad lame lame takut berjangkit kat haiwan yang lain kat wad tu. Unfortunately time tu aku kat KL menguruskan urusan bank, and because of taknak menempuh jem, aku rilex je kat pavi. sampai shah alam pukul 9 malam, lewat sejam untuk ambil bibi. Agak menyesal jugak sebab lambat balik, bibi mati kat klinik, when i should be by her side. and mase masuk klinik semalam, aku tak sempat kiss die pun sebab aku dah lewat nak gerak ke KL.

Aku bela bibi dari die umur 2 bulan. kesian, tak ade owner, and memanggil manggil aku untuk ambik die. kucing biase je, bukan kucing parsi, or siam or ape je lah, just kucing kampung yang biase. time kecik, die nakal sangat. badan aku habis calar balar setiap oleh die. and siape yang masuk bilik aku, memang calar balar lahh..sebab die nakal sangat terlompat lompat ke sana sini.. nakal nakal die, tido nak kena peluk jugak. :)






Bibi ni ketahanan badan die kuat, die tak pernah sakit. dari kecik sampailah 2013 ni, ni la first time die sakit, and tak sangka sakit ni buat die mati terus. aku tak pernah mandulkan die, umur die baru setahun die dah mengandung. then 6 months after that die mengandung lagi. anak anak die yang first time beranak tu, tammy seorang je yang tinggal. yang seekor mati, seekor hilang, and seekor lagi bagi kat kawan. second time die beranak ni, semua aku hantar ke SPCA semalam.

Aku ngan bibi memang takleh pisahkan. kehulu kehilir sama sama. mase pergi JB aku bawa. mase pegi Segamat aku bawa. dah macam anak aku dah. HUHU. bibi tak pandai korek sampah, tak berak merata, tak curi makanan, die hanya makan makanan die je. tak pernah bosan. hari hari mesti nak tido kat sebelah aku. bibi kucing yang baik.

die lah peneman time sorang sorang kat rumah.

pantang tinguk orang nak study..mengacau aje lah...

first time she gave birth.

everyday bukak mata akan nampak die tidur kat bantal ni.

orang yang tak bela kucing, tak kan faham why kite boleh rase sedih bile kite kehilangan kucing kita. bibi muda lagi, baru setahun lebih. member aku cakap, kucing kalau aku bela je, mati. sebelum ni ade jugak bela anak kucing, before bibi. tapi mati sebab selsema. tapi nak buat macam mane, mase die sakit, aku kehulu kehilir bawa pegi klinik. tapi doctor cakap food poisoning. bagi ubat tapi keadaan makin teruk.  even time exam tu, aku rushing siapkan sebab nak bawa kucing aku pegi klinik kat subang pulak, then dah terlambat doctor cakap..

bibi ni pun, dah seminggu lebih die menunjukkan tanda die sakit. everyday aku berulang pergi klinik sebab keadaan die tak baik baik. doctor asyik cakap "ni tak ade ape, just stress maybe sebab cuaca". Just early morning rabu lepas, bila aku bukak pintu aku terkejut bila tinguk muntah bibi sana sini. pagi tu jugak aku bergegas pegi klinik. maybe tuhan nak tunjuk, klinik yang aku selalu pegi tu tutup. so aku pergi vet kat seksyen 13. kat situ baru bibi kena tahan masuk wad, and doctor cakap dah 50-50. aku dah cuba sedaya upaya untuk kekalkan kucing kucing yang aku jaga...bukan aku sengaja nak biarkan die mati..

since aku letak anak anak bibi kat cage kat luar rumah, every night bibi dah tak tido dengan aku, die akan duduk kat luar cage perhatikan anak die. just last wednesday, time die banyak muntah tu, die duduk depan pintu aku, maybe die nak bagitahu aku die dah sakit sangat, or maybe die nak tido ngan aku for last time kut malam tu. selalunye aku tido pintu terbukak je, biar bibi and tammy keluar masuk. awal pagi bukak mata, bibi akan ade kat sebelah. tapi i dont know why lately aku tutup pintu. bibi tak leh nak masuk.


mase aku masukkan die dalam cage time nak bawa die pegi klinik pun, die asyik mengiau. maybe die taknak kut, die tahu die dah tak ade harapan. tapi aku still pakse die. and ape yang aku kesalkan sangat bile die mati kat klinik, and aku tak sempat ambik die pun. awal pagi tadi, (khamis)  aku terus teringat bibi. vet tu bukak kul 10.30 pagi. so dalam kul 10.20 aku dah gerak dah. dalam perjalanan nak pergi tu, doctor call. aku ingat doctor nak remind aku supaya ambik bibi. rupenye die nak bagitahu yang bibi dah tak ade. termangu aku kat petrol pump seketika. try control untuk tak bersedih, tapi bibi, yang aku jaga dari kecik, yang hari hari tidur dengan aku, mane mungkin aku tak sedih.

aku baru plan nak bawa bibi balik sabah, persiapan aku dah buat. tapi tak sangka, bibi pergi tiba tiba.

Thanks for kawan kawan yang bagi support.. really appreciate it. some maybe akan cakap, "ala, kucing je kut..". u will never understand if u tak pernah bela kucing.

i miss you bibi. im sorry i let you die. :(











You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe