Yang penting, NEVER GIVE UP!

2:36:00 am

Assalamualaikum..

Yang penting, never give up!!

Baru baru ni aku berkesempatan pegi tinguk movie "Life of Pi". Cerita ni dah keluar kat cinema sebulan yang lepas kuttt...HUHU. Sebelum ni, kalau ade orang yang nak ajak tinguk movie ni, aku akan cakap "tanak ah, bosan je.". Ngehhee...I thought cerita die lebih kurang macam narnia. yang ade kawan singa. HAHA! and yes im sorry im not a fan of narnia. which its okay, i know ramai yang suke narnia. whatever, its up to us la kan nak suke ke tak..

Anyway, that one fine day, this person nak sangat tinguk movie ni. even midnight pun die sanggup tunggu. dalam kepalaotak aku time "Adoi...ape yang die nak sangat tinguk movie nih.." HUHU. tapi aku layankan je laa...

Sebelum ni, kalau aku nak pergi tinguk movie, aku akan baca sinopsis die and bla bla bla so that i know what is this story about. but not for Life of Pi. aku tak ambik tahu langsung. HAHA! sebab memang tak terniat langsung nak tinguk. At first scene je, kitorang di sajikan dengan lagu india..muzik india. i was like, Erm..okay, ni cite background india rupenye. HAHA, totally have no idea!

Pi is the main character dalam cerita ni, di beri nama sempena nama sebuah kolam renang awam di France. weird kan? panjang ceritanye, kena tinguk. kelakar!

okayyy..semuanya berubah bile keluarga Pi terpaksa pindah ke luar negara, and jual binatang binatang yang ade kat Zoo kepunyaan diorang kat sana. Diorang naik satu kapal laut yang besar gile, menumpang kat situ, until that one horrible night bila ribut teruk mengaramkan kesuluruhan kapal. Hanya Pi seorang je yang terselamat, bersama boat emergency. Sedih la part ni, time mak ayah n abang die karam bersama-sama kapal kat tengah tengah laut. BUT NO, aku tak nanges okaehh!

tinggal lah Pi seorang diri di atas boat bersama seekor Zibra yang tiba tiba melompat sebelum kapal tu karam, seekor musang? or im not sure binatang ape yang jahat sangat tu. and seekor monyet, and of course si Richard Parker. Richard Parker tu lah name harimau tu. But beberape hari selepas tu, only si Richard Parker n Pi je yang survive.

all the way cerita ni banyak betul kesusahan yang Pi alami, dah la terpaksa share boat with the harimau. seriously, time tinguk poster movie ni, kita akan ingat harimau tu kawan die. But NO! harimau tu sebenarnye jahat, and always trying to eat him! A big tiger on the boat, in the middle of the ocean, the only way to keep it not to bite you is just by keeping it stuffed. So, ape yang Pi buat, tu lah, bagi makan harimau tu hari hari, terpaksa lah memancing, menjala, semua die buat.

Lepas satu musibah, satu musibah. stock makanan die habis jatuh kat laut, then storm lagi, banyak lagi laahhh...aku pun tinguk cerita ni aku penat. boleh gile jugak bila terapung kat laut lame sangat. until that one time, Pi rasa dah betul betul putus asa. he asked God to take him. he surrender dengan kebesaran tuhan. early morning esoknye, tiba tiba je boat die tersadai di satu pulau yang sangat lah cantik.  its like God are giving him rest. But pulau tu pun misteri jugak, sebab tak ada siapa tahu kewujudan pulau tu.

pada waktu siang, pulau tu sangat lah macam heaven. tapi bila malam pulau tu bertukar menjadi tempat yang menggerunkan. its like tuhan bagi petunjuk supaya die tidak leka untuk stay ketika senang. tuhan nak die kembali ke laut and cari jalan pulang.

after that die kembali ke laut, and terapung beberapa hari sampai lah die tersadai kat satu pulau, di mana dia diselamatkan oleh orang orang kampung. and si Richard Parker tu pun selepas sampai kat darat, terus hilang tanpa mengucapkan thanks to Pi. dasar harimau!

sepanjang die di lautan, actually bukan musibah demi musibah je yang die alami, tapi juga banyak gile pengalaman and pemandangan yang selama ni tak pernah siapa siapa alami. dari situ die belajar sedikit demi sedikit macam mane nak survivie, and menghargai semua yang ade.

For me, cerita ni sarat dengan message die. and the most of all, die cuba nak terangkan walau hebat macam mana pun tuhan nak duga kita, lepas satu, satu, even time tu kita dah kehilangan segala-galanya, tuhan sebenarnye sentiasa memerhati. di saat kita rasa beban dah tak tertanggung, tuhan bagi jalan untuk kita berehat, and finally dia akan tunjukkan kita jalan keluar. yang penting, NEVER GIVE UP.

its a good story, im totally feel so bad because underestimate movie nie. mungkin sekarang dah tak ade kat cinema, korang try la cari DVD die ke, or download kat mana-mana, its a must watch movie. totally tak boring at all. kelakar ade lah. :)


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe