Inai.

4:28:00 pm

Assalamualaikum...

Heyuuu...ape yang buat aku excited bangun pagi hari ni bila check blog, and dah cecah 10K viewers. Thank youuuu so much. tak kisah la kalau ade yang sampai kat blog ni secara tak sengaja or sengaja..still thank you sangat sangat. at first buat blog ni dulu tak terfikir pun boleh cecah 10K...alhamdulillah...im still learning and will improve from time to time, insyaAllah..

opps...Salam Maulidur Rasul semua.. :D

Okayh..here i am again at Hailam Kopitiam. Haha..sebab kat sini boleh online dengan selesa, plus, tadi aku lapar sangat. And game the sims aku pun dah lame tak di update, so, ape salahnye sekali lagi melepak sorang sorang kat Hailam ni..ngehEEEE...

Do you know inai? mase kecik kecik dulu, kat kampung, banyak je pokok inai ni. balik dari sekolah, mesti singgah kat rumah arwah nenek, and curi daun inai die. HIKHIK..pastu hari hari lah pakai inai. maybe time tu sangat tertarik dengan kuku yang berwarna, tapi kat sekolah mane boleh pakai pewarna kuku, tapi inai ni boleh HAHA. so, suke laaahh..ape lagi..

Tapi sekarang, susah betul nak jumpe pokok inai ni. Even kat kampung pun..so sekarang ni kebanyakan orang just guna 'Hena'. tau kan? inai instant yang boleh beli kat kedai tu.


sumber gambar dari google.

Setahu aku inai ni digunakan orang melayu untuk time majlis kahwin. and tak ade lah corak bagai macam gambar kat atas ni. biase pakai kat jari je..ni kebanyakannye indians je yang buat macam ni. tapi sekarang ni orang melayu pun dah buat macam ni......

Tapi pe yang aku nak cerita, bukan pasal inai untuk kawen kawen laaaa. Tapi pasal penggunaan hena ni. hena yang boleh kita dapat kat pasaran ade dua, satu hena kaler merah macam ni inai biase (mostly product hena kat pasaran guna pewarna yang hanya bertahan 2-3 hari ...disappointed!) and another one hena yang color hitam. alaaa..yang orang konon konon nak buat tatto sementara...cool ke ade tatto sementara? uptodate ke? 

Ni daripada cerita seorang teman aku laaa...pasal bahaya hena hitam ni. ni bukan lah kes baru. dah lame kan..tapi aku just nak kongsi pada yang belom tahu. selepas die cerita aku pun baca lah article yang berkaitan...sangat banyak pengalaman and artikel yang boleh korang baca. kat sini aku just akan simplified, supaya lebih mudah untuk korang faham, okay?

Allergy terhadap hena/henna hitam. 


berdiri bulu roma aku tinguk gambar ni. geli. iyekkss (sumber gambar dari google)

tak smeua orang alergy terhadap hitam, ade beberapa orang akan mengalami. Sebenarnye hena hitam yang dijual di pasaran mostly tidak mengandungi daun pacar/inai sama sekali. sebaliknya hena ni mengandungi bahan kimia yang merbahaya yang boleh merangsang alergic ke atas kulit korang. 2 bahan yang merbahaya ada pada hena hitam ni adalah coal tar (PPD) and benzene. tahu kan benzene? benzen yang kite boleh jumpe untuk melarutkan cat. coal tar? tar? have u ever heard of tar? tahukan...?

okay..just bayangkan bahan bahan kimia ni meresap masuk ke dalam sistem darah korang.

PPD memang banyak digunakan untuk mewarnakan rambut. tapi hanya 6% yang di benarkan dalam setiap product. tapi untuk Hena hitam ni, terdapat 50%-70% atau lebih. 

this is the worse part, once korang pakai henna hitam ni, and dapat kesan allergy, kesan allergy tu akan kekal pada korang untuk seumur hidup. akibat dari allrgy ni, korang akan rasa gatal, ruam, kesan luka yang permanent, bengakak, kerosakan hari, dan paling merbahaya bila PPD ni boleh merosakkan organ pernafasan. and beberapa lagi consequences yang lain di sebabkan PDD ni, seperti:

- korang dah tak boleh menggunakan pewarna rambut, seumur hidup. 
- korang akan lebih peka terhadap pewarna pakaian yang bewarna hitam, so, korang tak boleh pakai baju color hitam dah!!
- korang akan mudah dapat kesan allergy dengan beberapa pewarna dan pengawet makanan..

dan banyak lagi lahhh..

harus diingat bahawa PPD dan benzene ni merupakan salah satu penyebab kanser. tapi dont worry, kesan gatal and ruam ruam tu semua hanya pada kulit yang tekena hena hitam tu sahaja dan dalam mase dua tiga miggu hilanglah. cuma tinggal scar je.  tapi tu lah, bile dah dapat allergy ni, harus lebih berhati hati pada pewarna rambut, ubat-ubatan untuk diabetis, sakit jantung, dan tekanan darah.

so kalau ade yang bercita cita nak pakai hena hitam ni, or hena ape ape lah kat pasaran, to ensure yang hena tu selamat, korang kena pastikan bau die seperti bau jamu, or bau daun inai. mungkin lebih selamat.

p/s : natural henna is never black.





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe