Trend post gambar kat instagram.

4:33:00 am

Assalamualaikum...!

seriously aku da nak tido da tadi. ngantuk sangat lepas main game. huhu. timing tido dah tak betul dah ni..parahhh!! dah terbiasa tido lewat, and bangun lewat. so not goodddd! hurghhhhh !

so, apesal bukak blog? baik pegi tido je. okay lah selepas tutup lampu, kena godeh godeh handphone dulu sebelum tido. check instagrammm... ni kalau ade orang post gambar hantu ni, memang immedietly aku unfollow jek! tak kisahlah siape pun! jangan cari pasal ehhh..

belek punye belek, ternampak satu post perlian. aku rase die ni dah hari hari duk perli orang yang sama..and aku tau lah siapa yang die perli. membaca perlian die ni, buat aku bermonolog dalaman seorang diri, so aku pun tulis lah blog! HEHE!

kes nye, sebab die ni sakit hati tinguk orang ni, yang suke post gambar pasal kemewahan harta die. so die lebih kurang sakit mata la tinguk..

okayh, let be clear, first of all kalau empunya instagram ade baca ni, i am sorry. this is not kutukan, and also bukan memihak pada siapa siapa even orang yang ko perli tu orang orang yang aku sayang.

yes it is true, harta tuhan boleh tarik anytime. so tak payah la nak menunjuk sangat. sangat betul. aku tak ada pun nak cakap salah. cuma, dah hari hari aku tinguk die ni perli perli kat twitter, kat instagram, sampai aku yang dah bosan nak baca. HAHA. effect kat aku plak!?

itu naluri, kebanyakan manusia ni naluri die macam tu. including me. bile ade barang baru, lagi lagi yang expensive, people tend to show it to the world. ade beg baru, nak tunjuk. post kat instagram, tak cukup instagram, post kat twitter. ade ip5 baru, nak tunjuk. ade kereta baru, nak tunjuk. ade bike baru, nak tunjuk. even makan kat hotel pun, nak tunjuk. tak kira la orang kaya ke tak ke..

even worse, puasa tahun lepas, time nak raya banyak sungguh post kat instagram pasal barang barang shopping raya. hahaha. yang paling tak boleh lupa, ade yang post setiap item yang die beli. 1 picture each. HAHA. bia la die, die seronok. mungkin tak berniat nak show off pun, just nak share keseronokan die. dah jadi trend sekarang, orang lain pun, including me terikut ikut tanpa kita sedar.

dah jadi kebiasaan, dah jadi gerak hati. even awak pun (si empunya instagram, yang memerli) time awak dapat handphone baru hari tu, awak pun ade post ke twitter..ke instagram, kan? so, same je lahh sebenarnye. if awak berada di tempat mereka, awak pun mungkin begitu. :)

cuba masing masing bukak balik instagram, mesti ade satu dua gambar yang korang post bile dapat barang baru, or makan kat tempat tempat best.

some people post it because they just wanna share the moment, tak ade niat pun nak show off. having blast in vacation, just wanna share kegembiraan with semua orang, makan sedap and biar orang lain tau jugak lalau diorang nak makan makanan sedap boleh pegi tempat tu. plus, maybe the picture just soooo beautiful, muka dalam tu nampak comel plak dari kebiasaanye, so diorang pun post. HAHA.

and some people yess ade yang berniat post sebab nak meninggi diri. tapi nak buat macam mana, dah perangai macam tu. manusia kan pelbagai ragam. kalau nak difikir seorang demi seorang, boleh terencat wehhh..!

so my dear, kalau dah hari hari sakit mata tinguk diorang dengan harta diorang, unfollow je lah..senang cerita. :)

bergantung lah pada setiap orang, macam mane penerimaan orang bila kite post gambar gambar macam tu. yang penting, KERJASAMA! eh??

yang penting kita tahu diri kita, niat kita, and jangan biarkan diri kita lemas oleh kemewahan dunia yang sementara ni. for me to show off? heh. makan, pakaian, pun mak ayah yang kasi duit.. lupekan je la nak show off. and ramai lagi orang kat luar sana yang lagi mewah..so tak payah.

and for them, doakan saja la yang terbaik.. dah tak mau perli perli lagi.

okayhh.. mari tido. goodnight :)


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe