Im officially an alien.

2:33:00 pm

Assalamualaikum.

Korang tinguk muke aku, muke universal kan? hahah..SANGAT! (tangan di bahu, mata ke atas). eihh... ni nak cite. tadi duk belek-belek muka kat cermin. terfikir jugak, aku ni ikut muka siapa, belah mak ke? or belah ayah? kalau tinguk cousins, muka belah ayah, pergh, memang tak sama darah! hahah...jauh sangat beza muka kitorang. tapi belah mak, macam adik beradik jek semua.


huhh cakap pasal muka tadi, aku teringat time aku pergi Bali dulu, bile berborak dengan orang local kat sana,

scene 1 :-
pak sukarno : kamu ini dari surabaya ya?
aku : tak, saya orang malaysia :)
pak sukarno : ooh...tapi muka kamu ini macam muka cewek saya di surabaya...betul-betul sama..

sene 2 :-
ibu suriati : waduhhh....ini mesti dari jakarta ya kan?
aku: enggak buk, kami ini dari malaysia...
ibu suriati: oh iya? kok muka kamu macam orang indonesia..

scene 3 :-
aku : mas, ini t-shirt ini berapa ya?
mas joko : 150000 rupiah mbak. mbak ni dari mana?
aku: dari malaysia mas..
mas joko : malaysia? atau malengsia?
aku: malaysia mas. enggak bagus deh cakap negara kami malengsia.
mas joko: iya iya..tapi muka kamu ini serupa muka anak saya..apa kamu dulunya asal indonesia?
-.-"

okay...takpe takpe. muka malaysia ngan indonesia kan lebih kurang. (sedapkan hati sendiri)
ni time kat Krabi plak.

scene 1 :-
*di atas tuk tuk nak pergi ke Au Nang town.
Aiman: aunang beach please
tuk tuk driver : (pandang aku)
aku : (buat tak tau)
tuk tuk driver : (pandang aku lagi lelama)
aku : (buat tak tau je..apesal pakcik nih!)
tuk tuk driver : poefjabiebiueb bciheoih (cakap kat aku dengan bahasa thailand)
aku : ha?
anis, aiman, wani, : NO NO! WE ARE FROM MALAYSIA. WE DONT SPEAK THAILAND
tuk tuk driver : (angguk angguk, continue starring at me)
aku: (buat tak tau lagi...)
tuk tuk driver : pfoefijvnuiniw fiowhmcnyybwq (cakap kat aku lagi dengan bahasa thailand gak!!)
aku : sorry?
anis, aiman, wani, : NO NO! WE ARE FROM MALAYSIA. WE DONT SPEAK THAILAND.
wani (the loudest) : WE ARE FROM MALAYSIA..! (hamekk kau kena jerit oleh wani.hahhaha)
tuk tuk driver : (smile, angguk angguk)

scene 2:-
*aku ngan anis berjalan di deretan kedai makan di pantai aunang. aiman ngan wani dah jauh kat depan. berhenti depan satu kedai seafood.
akak receptionist: sawadikap..cuybciwpscmwouwybaby..eiwuonyuetfgscb (cakap bahasa thailand)
aku, anis: (smile)
akak receptionist: oipaicrrun vruynrv8an98q apixkmocny (die sambung lagi cakap thailand)
aku: (smile)
anis: (Angkat tangan, smile)
akak receptionist: aeiwqpnjsiuehvjvk (cakap thailand lagii...)
anis: sorry, we dont speak thailand.. :)
akak receptionist : (terus menggelabah) ohh sorry sorry...i thought u are from thailand..u look like thailand people. (hahaha..die gelak. wahh..suke kau kak?)

scene 3 : -
*nak naik cab pergi ke airport. tengah nak letak barang kat bonet
taxi driver : pieauifnjefjkhuis (okay cakap thailand lagi)
aku: sorry, i dont understand thailand.
taxi driver : awyauyjdhskjbjkbk (degil pokcik nih..aku dah cakap aku tak reti cakap thailand!)
aiman, anis, wani : we dont speak thailand. WE ARE FROM MALAYSIA.
taxi driver: oh okay okay.. (tinguk aku, senyum senyum)

nampak tak kat situ. actually, aku ni alien. or sesumpah. kat mane aku berada., macam tu la muka aku. berubah-ubah. duduk kat shah alam pun, tak ramai yang expect aku sebenarnye asal sabah. ehee....now, i realize, im oficially an alien.




Asalamualaikum.














You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe